Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Risiko Penyimpanan dan Pelaburan Emas

Wednesday, March 30, 2011

Salam sahabatku sekelian,

Setelah sekian lama tidak meng'update' blog disebabkan menuntut keperluan pekerjaan utama. Selepas berhempas-pulas memastikan pengeluaran minyak mentah di perairan Terengganu, pihak admin telah mendapat idea untuk membincangkan mengenai risiko pelaburan emas yang jarang2 dihebahkan. Tujuannya adalah untuk kita sebagai pelabur emas mengetahui risiko yang bakal dihadapi dan mempunyai kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang bakal menjelma sebelum ia berlaku pada diri kita (Risk Assessment). Ingatlah 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI'. 

1. Berlaku musibah yang ditimpa

    - Apabila berlaku kes jenayah ke atas diri kita seperti kecurian,ragut,samun dan rompakan. Dengan berlakunya perkara tersebut kita terpaksa menangung kerugian kehilangan emas tersebut daripada kehilangan nyawa sendiri kerana pelaku jenayah akan tekad membuat sesuatu yang tidak diigini bagi mendapatkan sesuatu.

Cara untuk mengatasi :

Membuat penyewaan peti simpanan (safe deposit box) di bank-bank serta syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Pelbagai bank dan syarikat menawarkan penyewaan peti simpanan tersebut secara sewaan bayaran tahunan beserta dengan insurans untuk melindungi harta2 para pelabur. Jumlah insurans mengikut pada jumlah bayaran tahunan yang dikenakan. Setiap bank dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut mempunyai kadar yuran tahunan yang berbeza mengikut saiz peti dan jumlah insurans yang diambil.
Cara yang tidak digalakkan adalah menyimpan emas-emas yang banyak di dalam rumah sahaja akan tetapi gunakanlah kreativiti anda untuk membuat tempat tersebut agar selamat dan terjamin.


2. Berlaku kerugian apabila menjual emas di kala masa yang tidak tepat.

   - Seorang pelabur menjual emas tersebut untuk mendapatkan wang tunai di kala harga belian lebih rendah daripada jualan. Jika masa yang tidak sesuai untuk menjual emas tersebut kerugian akan diperolehi di dalam pelaburan emas.

Cara untuk mengatasi :

Pelabur perlu mempunyai ilmu asas di dalam pelaburan emas dan antaranya perlu mengetahui terma ataupun istilah yang digunakan di dalam pelaburan emas tersebut.
WE SELL = Harga rujukan untuk membuat pembelian ke atas emas tersebut daripada agen-agen.
WE BUY = Harga rujukan untuk pelabur-pelabur emas membuat jualan emas yang dimiliki kepada agen-agen.
Simpanlah dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas ini di untuk jangkamasa 3 tahun ke atas. Lagi lama kita simpan lagi banyak keuntungan yang diperolehi di sebabkan kenaikan harga emas secara purata sebanyak 25% setahun.
Sebagai seorang pelabur, kita hendaklah memastikan emas yang hendak dijual kepada agen-agen adalah merujuk harga 'WE BUY' dengan melebihi harga yang kita telah membeli dahulu.


3. Terlibat dengan penipuan skim pelaburan emas.

    - Emas adalah bukan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap secara tahunan atau pun bulanan (dividen) kerana keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas semasa. Penyertaan anda di dalam skim pelaburan ibarat menggadaikan kewangan anda untuk masa hadapan di sebabkan pengkhianatan individu tertentu yang mengawal dan menjaga skim pelaburan ataupun tindakan bank negara yang membekukan akaun tersebut setelah didapati menyalahi undang-undang.

Cara untuk mengatasi :

Apabila anda memiliki emas maka anda seorang sahaja yang menjaga dan mengawal penjualan dan pembelian emas tersebut tanpa mengharapkan individu-individu tertentu. Jadi, untuk berlaku penipuan dan pengkhianatan itu tiada kerana anda lah penentu untuk pelaburan tersebut sama ada menjadi rugi ataupun untung.Langkah terbaik anda hendaklah mempelajari ilmu asas mengenai sesuatu pelaburan sebelum menceburinya.

4. Memajak emas fizikal di Ar-Rahnu atau Pajak Gadai Konvensional.

   - Dengan kelebihan pada emas fizikal anda telah menggunakan ar-rahnu untuk membuat pajakan. Kerugian tersebut adalah anda akan kehilangan emas jikalau gagal untuk melunaskan hutang yang telah di berikan oleh pihak bank. Kadang kala jika seseorang itu bermain pajak dan tidak kena pada teknik pemajakan, maka anda akan mengeluarkan sebahagian wang gaji untuk membayar upah simpan dan kenaikan harga emas itu tidak dapat menampung upah simpan tersebut. Bagi yang membuat pinjaman Ar-Rahnu untuk melakukan perniagaan dan di kala kecemasan gagal membayar hutang yang diberikan kerana sifat boros belanja.

Cara untuk mengatasi :

Apabila anda hendak bermain pajak di Ar-Rahnu, sila pastikan emas yang anda hendak membuat modal adalah melebihi 100gm paling minima. Ini adalah kerana jika berlaku perubahan kenaikan harga emas anda akan nampak perubahan harga tersebut berbanding orang yang memiliki 20gm dan 50gm emas. Ibarat yang boleh nampak didalam stock market seperti perbandingan orang yang memiliki 10 lot saham berbanding 1 lot saham.Jika anda mempunyai jumlah unit yang banyak maka anda dapat melihat keuntungan yang besar apabila berlaku kenaikan harga yang sedikit berbanding orang yang mempunyai unit yang kecil. Selain itu, rancanglah perbelanjaan serta pastikan anda mempunyai budget yang cukup untuk menebus kembali emas anda walaupun kelebihan ar-rahnu anda bebas membayar mengikut sesuka hati anda asalkan sebelum tamat tempoh pemajakan emas tersebut.


Perlu diingatkan para pelabur emas ialah, tiada jaminan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk pembelian emas anda sebagai pelaburan.

Dengan risiko-risiko yang telah dinyatakan, maka anda hendaklah perlu berfikir sejenak untuk menangani risiko di atas untuk mendapatkan pelaburan yang selamat dan mendapat pulangan modal yang tinggi.


Read more...

Ujian 10gm GCP Goldbar

Wednesday, March 2, 2011

Salam dan selamat sejahtera


Tarikh : 02 Mac 2011

Alat Penguji : Densimeter GK-300

Lokasi : Agrobank,Kuala Lumpur

Kaedah Pengujian : 1. Berat Emas yang di uji.
                              2. Ketulenan emas yang di uji.

Nilai marhum 999 : RM 165.80

Keterangan : Pihak GCP telah mengeluarkan produk baru iaitu goldbar fine gold pada bulan lepas. Pengeluaran produk tersebut mempunyai sijil beserta no. siri goldbar tersebut tetapi tidak mempunyai tandatangan assayer. Di sijil tersebut bertanda 999 sahaja dan tidak memerlukan tandatangan dari assayer, akan tetapi jikalau kandungan emas tersebut ialah 999.9 memerlukan tndatangan assayer untuk membuktikan ketulenan emas tersebut. Assayer merupakan seorng pihak yang menguji emas tersebut secara kimia untuk membuktikan ketulenan dan memberi pengesahan pada sijil. Ujian yang akan dilakukan nnti merupakan prosedur standard dari pihak bank sebelum menerima goldbar tersebut untuk membuat pinjaman ar-rahnu. Dengan menggunakan alat pengujian emas yang terbaik dapat membuktikan ketulenan dan berat emas tersebut dengan tepatnya.Keraguan individu untuk membeli emas akan hilang hasil pengujian yang teliti dari pihak Agrobank apabila anda dapat melihat kualiti emas tersebut dengan resit yang akan dikeluarkan nnti.

Keputusan :
1. Ujian timbang : Dengan menggunakan alat pengujian tersebut, berat goldbar tersebut tepat 10gm.
2. Ujian ketulenan : Setelah direndam selama beberapa minit di dalam densimeter tersebut, hasil ketulenan adalah tepat 24K. Jadi GCP goldbar memang tepat sebagaimana tertera di sijil dan layak mendapat nilai marhum sebanyak RM 165.80/gm.

Kesimpulan : Hasil daripada ujian tersebut, goldbar GCP merupakan emas yg tulen 24K dan tidak perlu meragui ketulenan emas tersebut walaupun tidak mempunyai tandatangan assayer. Ujian yang telah dibuat ini layak membuktikan produk terbaru pihak GCP dapat menyaingi produk-produk keluaran syarikat lain serta dapat menambahkan lagi emas-emas yang berkualiti tinggi di pasaran tempatan.

Salinan surat pajak gadai ar-rahnu agrobank hasil daripada ujian ketulenan dan juga sebagai bahan rujukan pihak tuan/puan untuk melihat keputusan tersebut. Hasil daripada ujian tersebut, pihak admin telah membuat pinjaman 60% daripada nilai marhum. Sekian sahaja dari kami,Terima kasih.

Read more...

Pelancaran Dinar Emas & Dirham Negeri Perak

Tuesday, March 1, 2011

Salam dan selamat sejahtera,

 Nampaknya sudah ada sebuah negeri lagi di Malaysia melancarkan matawang Dinar emas dan Dirham perak sebagai satu alternatif pelaburan untuk mengekang inflasi semasa. Keratan akhbar yang diambil daripada Kosmo 01 Mac 2011 menunjukkan pelancaran dinar dan dirham oleh MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 28 Februari 2011 di Ipoh. Sebagai negeri kedua yang melancarkan matawang logam selepas negeri Kelantan diharapkan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan penduduk di negeri Perak. Negeri Kelantan sebagai perintis matawang dinar dan dirham telah menjadi ikutan negeri lain selepas kesedaran dan perlaksanaannya nmpak berkesan di masa kini dikala inflasi yng semakin tinggi setiap tahun. Untuk negeri Perak, matawang Dinar dan Dirham tidak dijadikan transaksi untuk pejualan dan pembelian di dalam perniagaan klau dibandingkan di negeri Kelantan. Produk yang dikeluarkan oleh negeri Perak adalah dinar emas berketulenan 99.9% emas dan seberat sebanyak 4.25 gram untuk satu dinar.Ia dikeluarkan tiga denomisasi iaitu 1/2, 1, dan 2 dinar. (Standard utk 1 dinar ialah 4.25gm). Bagi dirham ialah berketulinan 99.9% perak dan didatangkan di dalam 1, 2 dan 10 dirham. Bagi yang merancang utk memilikinya, anda boleh simpan sahaja dan boleh dijadikan aset pelaburan untuk masa hadapan. Oleh itu, ayuh kita dapatkannya utk menjadi salah satu aset pelaburan untuk jangkamasa panjang. Di harap penduduk Perak mempunyai kesedaran yg tinggi mengenai matawang logam tersebut untuk dijadikan portfolio pelaburan jangka masa panjang.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP