Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Harga Emas Kekal Tinggi

Thursday, April 21, 2011



HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.




Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns. 

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov. 

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. 

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. 
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu. 

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga. 

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi. 

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.” 

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. 

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008. 

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP 


Source: Harian Metro 21/4/2011





Read more...

Risiko Penyimpanan dan Pelaburan Emas

Wednesday, March 30, 2011

Salam sahabatku sekelian,

Setelah sekian lama tidak meng'update' blog disebabkan menuntut keperluan pekerjaan utama. Selepas berhempas-pulas memastikan pengeluaran minyak mentah di perairan Terengganu, pihak admin telah mendapat idea untuk membincangkan mengenai risiko pelaburan emas yang jarang2 dihebahkan. Tujuannya adalah untuk kita sebagai pelabur emas mengetahui risiko yang bakal dihadapi dan mempunyai kaedah-kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang bakal menjelma sebelum ia berlaku pada diri kita (Risk Assessment). Ingatlah 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI'. 

1. Berlaku musibah yang ditimpa

    - Apabila berlaku kes jenayah ke atas diri kita seperti kecurian,ragut,samun dan rompakan. Dengan berlakunya perkara tersebut kita terpaksa menangung kerugian kehilangan emas tersebut daripada kehilangan nyawa sendiri kerana pelaku jenayah akan tekad membuat sesuatu yang tidak diigini bagi mendapatkan sesuatu.

Cara untuk mengatasi :

Membuat penyewaan peti simpanan (safe deposit box) di bank-bank serta syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Pelbagai bank dan syarikat menawarkan penyewaan peti simpanan tersebut secara sewaan bayaran tahunan beserta dengan insurans untuk melindungi harta2 para pelabur. Jumlah insurans mengikut pada jumlah bayaran tahunan yang dikenakan. Setiap bank dan syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut mempunyai kadar yuran tahunan yang berbeza mengikut saiz peti dan jumlah insurans yang diambil.
Cara yang tidak digalakkan adalah menyimpan emas-emas yang banyak di dalam rumah sahaja akan tetapi gunakanlah kreativiti anda untuk membuat tempat tersebut agar selamat dan terjamin.


2. Berlaku kerugian apabila menjual emas di kala masa yang tidak tepat.

   - Seorang pelabur menjual emas tersebut untuk mendapatkan wang tunai di kala harga belian lebih rendah daripada jualan. Jika masa yang tidak sesuai untuk menjual emas tersebut kerugian akan diperolehi di dalam pelaburan emas.

Cara untuk mengatasi :

Pelabur perlu mempunyai ilmu asas di dalam pelaburan emas dan antaranya perlu mengetahui terma ataupun istilah yang digunakan di dalam pelaburan emas tersebut.
WE SELL = Harga rujukan untuk membuat pembelian ke atas emas tersebut daripada agen-agen.
WE BUY = Harga rujukan untuk pelabur-pelabur emas membuat jualan emas yang dimiliki kepada agen-agen.
Simpanlah dan tetapkanlah di dalam minda anda bahawa pelaburan emas ini di untuk jangkamasa 3 tahun ke atas. Lagi lama kita simpan lagi banyak keuntungan yang diperolehi di sebabkan kenaikan harga emas secara purata sebanyak 25% setahun.
Sebagai seorang pelabur, kita hendaklah memastikan emas yang hendak dijual kepada agen-agen adalah merujuk harga 'WE BUY' dengan melebihi harga yang kita telah membeli dahulu.


3. Terlibat dengan penipuan skim pelaburan emas.

    - Emas adalah bukan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap secara tahunan atau pun bulanan (dividen) kerana keuntungan emas adalah daripada kenaikan harga emas semasa. Penyertaan anda di dalam skim pelaburan ibarat menggadaikan kewangan anda untuk masa hadapan di sebabkan pengkhianatan individu tertentu yang mengawal dan menjaga skim pelaburan ataupun tindakan bank negara yang membekukan akaun tersebut setelah didapati menyalahi undang-undang.

Cara untuk mengatasi :

Apabila anda memiliki emas maka anda seorang sahaja yang menjaga dan mengawal penjualan dan pembelian emas tersebut tanpa mengharapkan individu-individu tertentu. Jadi, untuk berlaku penipuan dan pengkhianatan itu tiada kerana anda lah penentu untuk pelaburan tersebut sama ada menjadi rugi ataupun untung.Langkah terbaik anda hendaklah mempelajari ilmu asas mengenai sesuatu pelaburan sebelum menceburinya.

4. Memajak emas fizikal di Ar-Rahnu atau Pajak Gadai Konvensional.

   - Dengan kelebihan pada emas fizikal anda telah menggunakan ar-rahnu untuk membuat pajakan. Kerugian tersebut adalah anda akan kehilangan emas jikalau gagal untuk melunaskan hutang yang telah di berikan oleh pihak bank. Kadang kala jika seseorang itu bermain pajak dan tidak kena pada teknik pemajakan, maka anda akan mengeluarkan sebahagian wang gaji untuk membayar upah simpan dan kenaikan harga emas itu tidak dapat menampung upah simpan tersebut. Bagi yang membuat pinjaman Ar-Rahnu untuk melakukan perniagaan dan di kala kecemasan gagal membayar hutang yang diberikan kerana sifat boros belanja.

Cara untuk mengatasi :

Apabila anda hendak bermain pajak di Ar-Rahnu, sila pastikan emas yang anda hendak membuat modal adalah melebihi 100gm paling minima. Ini adalah kerana jika berlaku perubahan kenaikan harga emas anda akan nampak perubahan harga tersebut berbanding orang yang memiliki 20gm dan 50gm emas. Ibarat yang boleh nampak didalam stock market seperti perbandingan orang yang memiliki 10 lot saham berbanding 1 lot saham.Jika anda mempunyai jumlah unit yang banyak maka anda dapat melihat keuntungan yang besar apabila berlaku kenaikan harga yang sedikit berbanding orang yang mempunyai unit yang kecil. Selain itu, rancanglah perbelanjaan serta pastikan anda mempunyai budget yang cukup untuk menebus kembali emas anda walaupun kelebihan ar-rahnu anda bebas membayar mengikut sesuka hati anda asalkan sebelum tamat tempoh pemajakan emas tersebut.


Perlu diingatkan para pelabur emas ialah, tiada jaminan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk pembelian emas anda sebagai pelaburan.

Dengan risiko-risiko yang telah dinyatakan, maka anda hendaklah perlu berfikir sejenak untuk menangani risiko di atas untuk mendapatkan pelaburan yang selamat dan mendapat pulangan modal yang tinggi.


Read more...

Ujian 10gm GCP Goldbar

Wednesday, March 2, 2011

Salam dan selamat sejahtera


Tarikh : 02 Mac 2011

Alat Penguji : Densimeter GK-300

Lokasi : Agrobank,Kuala Lumpur

Kaedah Pengujian : 1. Berat Emas yang di uji.
                              2. Ketulenan emas yang di uji.

Nilai marhum 999 : RM 165.80

Keterangan : Pihak GCP telah mengeluarkan produk baru iaitu goldbar fine gold pada bulan lepas. Pengeluaran produk tersebut mempunyai sijil beserta no. siri goldbar tersebut tetapi tidak mempunyai tandatangan assayer. Di sijil tersebut bertanda 999 sahaja dan tidak memerlukan tandatangan dari assayer, akan tetapi jikalau kandungan emas tersebut ialah 999.9 memerlukan tndatangan assayer untuk membuktikan ketulenan emas tersebut. Assayer merupakan seorng pihak yang menguji emas tersebut secara kimia untuk membuktikan ketulenan dan memberi pengesahan pada sijil. Ujian yang akan dilakukan nnti merupakan prosedur standard dari pihak bank sebelum menerima goldbar tersebut untuk membuat pinjaman ar-rahnu. Dengan menggunakan alat pengujian emas yang terbaik dapat membuktikan ketulenan dan berat emas tersebut dengan tepatnya.Keraguan individu untuk membeli emas akan hilang hasil pengujian yang teliti dari pihak Agrobank apabila anda dapat melihat kualiti emas tersebut dengan resit yang akan dikeluarkan nnti.

Keputusan :
1. Ujian timbang : Dengan menggunakan alat pengujian tersebut, berat goldbar tersebut tepat 10gm.
2. Ujian ketulenan : Setelah direndam selama beberapa minit di dalam densimeter tersebut, hasil ketulenan adalah tepat 24K. Jadi GCP goldbar memang tepat sebagaimana tertera di sijil dan layak mendapat nilai marhum sebanyak RM 165.80/gm.

Kesimpulan : Hasil daripada ujian tersebut, goldbar GCP merupakan emas yg tulen 24K dan tidak perlu meragui ketulenan emas tersebut walaupun tidak mempunyai tandatangan assayer. Ujian yang telah dibuat ini layak membuktikan produk terbaru pihak GCP dapat menyaingi produk-produk keluaran syarikat lain serta dapat menambahkan lagi emas-emas yang berkualiti tinggi di pasaran tempatan.

Salinan surat pajak gadai ar-rahnu agrobank hasil daripada ujian ketulenan dan juga sebagai bahan rujukan pihak tuan/puan untuk melihat keputusan tersebut. Hasil daripada ujian tersebut, pihak admin telah membuat pinjaman 60% daripada nilai marhum. Sekian sahaja dari kami,Terima kasih.

Read more...

Pelancaran Dinar Emas & Dirham Negeri Perak

Tuesday, March 1, 2011

Salam dan selamat sejahtera,

 Nampaknya sudah ada sebuah negeri lagi di Malaysia melancarkan matawang Dinar emas dan Dirham perak sebagai satu alternatif pelaburan untuk mengekang inflasi semasa. Keratan akhbar yang diambil daripada Kosmo 01 Mac 2011 menunjukkan pelancaran dinar dan dirham oleh MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 28 Februari 2011 di Ipoh. Sebagai negeri kedua yang melancarkan matawang logam selepas negeri Kelantan diharapkan mendapat sambutan yang baik daripada kalangan penduduk di negeri Perak. Negeri Kelantan sebagai perintis matawang dinar dan dirham telah menjadi ikutan negeri lain selepas kesedaran dan perlaksanaannya nmpak berkesan di masa kini dikala inflasi yng semakin tinggi setiap tahun. Untuk negeri Perak, matawang Dinar dan Dirham tidak dijadikan transaksi untuk pejualan dan pembelian di dalam perniagaan klau dibandingkan di negeri Kelantan. Produk yang dikeluarkan oleh negeri Perak adalah dinar emas berketulenan 99.9% emas dan seberat sebanyak 4.25 gram untuk satu dinar.Ia dikeluarkan tiga denomisasi iaitu 1/2, 1, dan 2 dinar. (Standard utk 1 dinar ialah 4.25gm). Bagi dirham ialah berketulinan 99.9% perak dan didatangkan di dalam 1, 2 dan 10 dirham. Bagi yang merancang utk memilikinya, anda boleh simpan sahaja dan boleh dijadikan aset pelaburan untuk masa hadapan. Oleh itu, ayuh kita dapatkannya utk menjadi salah satu aset pelaburan untuk jangkamasa panjang. Di harap penduduk Perak mempunyai kesedaran yg tinggi mengenai matawang logam tersebut untuk dijadikan portfolio pelaburan jangka masa panjang.

Read more...

Purata Kenaikan Harga Emas 24% setahun(2007-2010)

Sunday, February 27, 2011

Salam dan selamat sejahtera sahabat2 sekelian.....



  Setelah sekian lama tidak mengupdate info mengenai emas, hari ini pihak admin telah mendapat satu keratan akhbar yang dipetik dari Sinar Harian Edisi Pantai Timur bertarikh 15 Februari 2011 yang bercerita mengenai kenaikan harga emas selama 3 tahun bermula 2007 ke 2010. Artikel mengenai emas di masa ini agak begitu kerap untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelaburan emas tatkala ekonomi dunia yang suram serta pergolakan berlaku di beberapa negara yang boleh mengakibatkn kelumpuhan ekonomi. Nilai matawang kertas juga akan susut disebabkan inflasi yang tinngi setiap tahun dan emas merupakan salah satu pelaburan yang kalis inflasi serta tidak ada kesusutan atau ketiadaan nilai walaupun di potong halus2. Dengan mendapat pengiktirafan seluruh dunia, emas boleh di jadikan portfolio utama pelaburan anda. Dengan keuntungan emas yang bukan di dalam bentuk dividen tetapi apabila kita menjual atau memajak emas tersebut, nilainya mmng sentiasa di terima seluruh pelusuk dunia. Artkel di di atas berikut merupakan semua bentuk idea di dalam realisasiAnda akan dapat idea dan gunakanlah akal anda sebaik-baiknya. sekian terima kasih.

Read more...

Emas Ganti Wang

Monday, February 21, 2011



Dipetik dr Harian Metro 4/10/2010
SURI rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon tetapi ia bukanlah kerana fesyen.
Di kawasan berhampiran Shwe Bontha Street, nadi pasaran emas sejak zaman kolonial, Nyan Tun (bukan nama sebenar) lebih daripada seorang peniaga. Dia dianggap ‘pegawai bank tidak rasmi’ di negara di bawah pimpinan tentera itu.
“Biasanya, pembeli utama golongan petani. Mereka akan membeli emas dengan sedikit lebihan wang untuk dijual sebelum musim menuai berikutnya.
“Pembeli kedua suri rumah yang gemar membeli barang kemas sebagai simpanan,” katanya.
Krisis ekonomi global mung­kin menyemarakkan semula keraguan terhadap bank di seluruh dunia. Tetapi di Myanmar, keraguan itu sekian lama dirasai dan penyimpan memang tiada keinginan untuk menyimpan wang mereka dalam sistem perbankan yang agak mundur di negara itu.
Lagipun, tidak banyak yang mampu disimpan rakyatnya. Pengurusan ekonomi yang kurang baik sekian lama, ditambah dengan pemulauan dan kekangan di pihak antarabangsa, menyebabkan penduduk negara berkenaan bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian dan menghadapi masalah harga pengguna yang melambung tinggi.
Antara 2005 hingga 2009, kadar inflasi tahunan di Myanmar yang dulu dikenali sebagai Burma, berada pada kadar 20 peratus, menurut laporan Bank Pembangunan Asia.
“Jika kami mahu menangani masalah inflasi, belilah emas. Jika kami menyimpan wang di bank, kami akan rugi.“Orang ramai mempunyai kepercayaan yang tinggi pada emas sebagai simpanan nilai,” kata Nyan Tun yang memohon supaya nama sebenarnya tidak disiarkan di media untuk mengelak sebarang masalah.
Menurutnya, nilai timba­ngan ‘ticak’ emas, meningkat lebih daripada 30 kali ganda dalam mata wang tempatan iaitu kyat sejak dia mula menjadi peniaga emas pada akhir 1980-an.
Sean Turnell, pakar ekonomi Myanmar di Universiti Macquarie, Sydney, berkata, peningkatan mendadak harga barangan pengguna disebab­kan tindakan kerajaan berkenaan yang mencetak lebih banyak wang untuk membiayai perbelanjaannya.
Lambakan khazanah semula jadi termasuk emas, gas, kayu jati, minyak, jed dan batu permata mampu menjadikan negara berkenaan kaya satu ketika dulu sebelum berada di bawah pemerintahan tentera pada 1962.
Namun, Myanmar kekal sebagai sebuah negara paling kurang membangun di dunia, dengan hampir satu pertiga daripada penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan, menurut angka Bank Dunia.
“Keadaan fiskal sepatutnya baik. Tetapi mereka (pemerintah tentera) tidak memanfaatkan wang yang mereka peroleh daripada gas untuk kegunaan awam dengan baik. Dana terbabit tidak direkod­kan,” kata Turnell merujuk kepada pendapatan daripada bekalan gas yang sepatut­nya membiayai perbelanjaan kerajaan.
Ada yang mempercayai pilihan raya pertama Myanmar yang agak kontroversi dalam tempoh 20 tahun, dijangka pada 7 November ini, akan membawa perubahan ekonomi yang sangat diperlukan.
“Golongan pemerintah akan tetap sama, jadi tiada banyak perubahan yang akan berlaku,” kata Nyan Tun yang kini dalam lingkungan usia 50-an.
Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dalam landskap ekonomi menjelang pilihan raya terbabit dengan pihak junta memulakan pelbagai penswastaan syarikat dan hartanah.
Termasuk dalam penjualan aset ini pelabuhan, kilang dan panggung wayang, empat konglomerat dikendalikan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan baik dengan pihak junta diberikan lesen untuk memulakan bank baru.
Menurut Turnell, kronisme yang ketara dalam perkembangan terkini menunjukkan negara terbabit ‘beranjak dalam arah yang agak aneh’. Bagi warga Myanmar biasa, masih tiada kestabilan ekonomi atau pilihan yang baik untuk penyimpan harta mereka yang boleh dipercayai.
“Emas sekian lama menjadi aset simpanan utama, insurans ulung terhadap polisi kerajaan. Ia kembali ke zaman kolonial,” kata Turnell.
Menerusi peranan penting yang dimainkan logam berharga berkenaan, regim terbabit terus mengawasi dagangannya dengan teliti. Nyan Tun berkata, polis cawa­ngan khas yang berpakaian biasa muncul di Shwe Bontha Street dan memberi tekanan kepada peniaga supaya berhenti menjual emas apabila harganya naik.
“Mungkin kerajaan fikir inflasi disebabkan harga emas tetapi sebenarnya, keadaan berlaku sebaliknya,” katanya.
“Harga emas adalah indeks inflasi untuk rakyat,” seorang pengarang bahagian perniagaan yang namanya enggan dikenali di Yangon bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Menurutnya, rakyat tidak tahu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menilai inflasi.
“Kerajaan tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya.
Sistem perbankan Myanmar masih tidak pulih daripada krisis besar pada 2003 yang menyaksikan tiga bank ditutup.
Buat masa ini, emas kekal sebagai simpanan paling selamat di Myanmar – itu juga satu sebab penjual ikan memakai rantai emasnya di leher.
“Emas – ini satu-satunya benda yang boleh dipercayai rakyat negara ini,” kata pe­ngarang bahagian perniagaan itu – Harian Metro 

Read more...

Perlukah Pelaburan Emas?

Sunday, February 20, 2011

Salam sahabat yang dihormati,

Soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan  mengapa perlu pelaburan emas.

1.  Sebenarnya emas adalah long term investment. Emas memang menguntungkan pelabur sbb sifat harga emas adalah turun naik walaubagaimanapun dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik. 2 tahun lepas orang ramai bercerita tentang harga emas, mereka memperkatakan harga emas naik, mahal la emas.  Namun pada masa sekarang ini,  orang ramai masih lg berkata emas mahal. Tiada pula cakap emas murah.

2. Jika anda hendak menjana pendapatan tetap setiap bulan, pelaburan emas bukanlah jawapannya melainkan anda menjadi dealer dan berniaga emas untuk dealer public gold www.publicgold.com.my atau dealer GCP www.gcp.com.my. Selain menyimpan emas anda juga boleh menjadi peniaga emas.

3. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini adalah anda beli emas secara fizikal(jongkong) iaitu anda beli emas dapat emas.  Jangan mudah percaya dan tertipu pada skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan.

4. Teknik yang selalu dilakukan oleh pelabur di Malaysia ialah antaranya;-
a) Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi. tapi mustahil la kalau anda nak untung, beli harini dan jual esok sebab harga emas ada spread antara harga jual dan harga beli. Anda bole semak harga di laman web yang disebutkan di atas.  Ingat, emas adalah pelaburan jangka panjang.
b) beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sbg aset.
c) Melabur sambil berniaga emas adalah perkara yang paling menarik untuk menjana pendapatan dgn menjadi dealer kerana harga dealer lagi murah dari harga customer.
d) Buat pinjaman dan beli emas fizikal.
e) Buat keuntungan dgn membeli emas fizikal menggunakan teknik pajak di arrahnu.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP