Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Bagaimana Keuntungan Emas?

Monday, January 31, 2011

Salam sahabat2 sekelian,

Hari ni kami akan bercerita bagaimana keuntungan emas di dalam pelaburan. mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai keuntungan emas,adakah mendapat dividen bulanan atau tahunan?pulangan modal terjamin ker?berapa lama nak melabur di dalam emas? dan pelbagai soalan yang sering di tanya apabila kita bertemu orang. Baiklah, kami akan menghurai segala persoalan yang terungkai di dalam diri. Andai kata jawapan admin tidak kukuh,sila beritahu dan boleh bersama-sama untuk mencari jawapan yang padat dan tepat.
Emas adalah satu logam yang di jadikan komoditi di pasaran dunia di mana sentiasa mempunyai permintaan-jualan dan akan menyebabkan berlakunya turun naik harga ketika para pelabur seluruh dunia memasuki pasaran dan melakukan transaksi jual-beli untuk mengambil keuntungan. Sebagai bahan komoditi, para pelabur akan melakukan aktiviti jualan dan belian di dalam proses transaksi.Graf di bawah ini akan menunjukkan bagaimana pergerakan harga emas pada tahun 2010 dan disini anda akan nampak peluang pelaburan emas ini sebagai satu portfolio yang terbaik.

Graf tersebut menunjukkan harga emas pada tahun 2010. Untuk jangkamasa pendek,kita perlu melihat waktu untuk membuat pembelian yang sesuai. Contoh yang terdapat di situ, waktu sesuai ketika harga berada pada USD1167/Oz (29 Julai),dan di dalam masa 4 bulan sahaja anda telah mendapat keuntungan ketika harga berada USD1431/Oz kesan daripada kenaikan tersebut.

Untuk itu,sebagai pelabur emas kita perlu melihat peluang untuk membeli/menambah stok ketika jangkamasa pendek dan menerima keuntungan untuk jangkamasa panjang. Dengan kenaikan sebanyak 25% secara purata setiap tahun,jangkamasa selama 3 tahun ke atas anda sudah nmpak hasilnya. Ini dibuktikan dengan carta graf di bawah ini yang di ambil dari tahun 2007 hingga 2010.
Dan pada tahun 2010,selepas anda membuat penjualan emas tersebut anda telah mendapat keuntungan sebanyak 115%, untung bukan apabila anda menukarnya kepada wang kertas daripada emas yang anda simpan. Selepas membuat tukaran wang kertas, anda bolehla membuat transaksi untuk membuat pembelian atau menunaikan hajat anda seperti menunaikan haji,perkahwinan,bayaran wang rumah dan sebagainya di mana anda mengeluarkan modal yang sedikit ketika pembelian dan mendapat pulangan yang berbaloi selepas menjualnya.

Setelah melihat dua graf yang di atas, anda pasti sudah nampak bagaimana keuntungan di dalam pelaburan emas serta kebaikan di dalam jangkamasa panjang apabila terlibat di dalam pelaburan emas. Kesimpulannya, sebagai pelabur emas kita perlu menetapkan minda bahawa keuntungan emas adalah di sebabkan kenaikan harganya di dalam jangkamasa panjang. Jika sahabat2 sekelian ingin mendapat keterangan lanjut, sila hubungi admin.

Read more...

Pelancaran GCP Gold Bar.

Salam sahabat2 ku sekelian,

Gold Crest Pavilion akan melancarkan gold bar sendiri dan ini menunjukkan syarikat tersebut telah maju setapak ke hadapan di dalam perniagaan emas. Pelancaran akan dijangka di dalam masa terdekat dan bersama-samalah nantikan produk emas fizikal yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat bumiputra kita. Setelah memperkenalkan pelbagai produk seperti Pamp Suisse Goldbar,rantai tangan emas 999, dinar emas 999 dan kini yang terbaru adalah emas ketul yang mempunyai harga kompetitif di pasaran Malaysia. Emas ketul yang akan diperkenalkan ini di dalam bentuk 10gm dan 20gm sebagai permulaannya. Di harap para pelabur emas serta yang baru hendak melabur tidak melepaskan peluang untuk memiliki emas keluaran GCP. Bagi anda yang ingin lebih tahu harga dan produk daripada GCP, bolehla klik pada link yang telah di sediakan di dalam blog ini (www.gcp.com.my). Untuk keterangan lanjut mengenai cara pembelian, bolehla hubungi pihak admin untuk mendapat penjelasan yang teliti sebelum pembelian di buat. Kami sentiasa sudi untuk membantu anda. Tahniah kepada pihak GCP dengan produk yang akan dilancarkan nnti.



Read more...

Pendapatan Pasif

Sunday, January 30, 2011

Salam dan Selamat petang,

Setelah kita penat bekerja ataupun melakukan perniagaan seharian, kita perlu ingat bahawa terdapat dua jenis pendapatan yang kita perolehi untuk menampung hidup kita sekalian. Jenis pendapatan itu adalah 'Pendapatan Aktif' dan 'Pendapatan Pasif'. Maksud untuk jenis pendapatan tersebut adalah :

Pendapatan Aktif = Apa jua jenis pendapatan yang kita terima hasil dari pekerjaan yang kita fokuskan setiap hari.Contohnya jika anda seorang pekerja dan mendapat gaji setiap bulan, itulah sebenarnya pendapatan aktif anda.

Pendapatan Pasif = adalah sumber pendapatan yang anda tidak mengfokuskan setiap hari, tidak berkaitan sama ada sahabat sekalian bekerja ataupun tidak dan wang akan masuk ke poket setiap masa.Selalunya terjadi hasil dari suatu kerja/perniagaan yang berjaya seperti hasil royalti,komisen setiap bulan dan dividen/keuntungan sesuatu pelaburan.

Baiklah, sekarang ini kita akan tumpukan bagaimana kita hendak menambah baikkan lagi pendapatan pasif kita sebagai duit tambahan di masa hadapan tanpa berlaku susut nilai simpanan kita. Pelbagai jenis pelaburan yang ada pada masakini untuk menambahkan pendapatan pasif antaranya unit amanah saham, simpanan tetap, pasaran saham dan pembelian emas. Antara contoh yang diberikan ini kita perlu berfikir sejenak yang mana boleh bagi pulangan terbaik pada anda idamkan di dalam pelaburan tersebut. Untuk makluman pihak tuan,kebanyakan pelaburan atau pun simpanan akan diberikan dividen mengikut prestasi harga pasaran semasa jika untung, cuma pelaburan emas sahaja bukan di dalam bentuk dividen tetapi kenaikan harga yang meningkat dari tahun ke tahun dan tidak mempunyai nilai susut yang tinggi. Jadi,untuk menjadi pelabur yang bijak, anda perlu belajar dari pasaran semasa dan menganalisa pergerakan harga sesuatu pelaburan tersebut. Ini dapat memastikan keuntungan dan kerugian di dalam sesuatu jenis pelaburan tersebut. Anda perlu pikirkan bahawa duit yang anda laburkan tersebut merupakan penat lelah anda bekerja seharian dan sudah tentunya anda mengharapkan satu pulangan yang berbaloi. Jadi semua keputusan untuk pelaburan itu terletak pada tangan anda.
Sebagai info tambahan, anda perlu memikirkan segala risiko,jumlah wang dan jangkamasa untuk sesuatu pelaburan itu. Disini, kami akan memberikan satu formula untuk anda membuat kira-kira bagi mengira pertambahan duit anda dari tahun ke tahun :
Jumlah peratusan dividen/keuntungan - Kadar inflasi(4%) - zakat(2.5%)
= Jumlah pertambahan duit untuk setahun.


Untuk contoh pengiraan, saya akan bandingkan pelaburan ASB dan emas.
9% - 4% - 2.5% = 2.5% jumlah pertambahan duit anda di dalam masa setahun untuk ASB.

25% - 4% - 2.5% = 18.5% jumlah pertambahan wang anda di dalam masa setahun untuk Emas.

Berdasarkan contoh yang telah diberikan, anda perlu menggunakan akal yang waras di dalam memilih portfolio pelaburan yang terbaik untuk menghasilkan pendapatan pasif yang terbaik. Pengiraan ini adalah untuk setahun daripada hasil pulangan, bagaimana untuk 3,5,7,10 ataupun lebih lama lagi.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa bijak di dalam membuat sesuatu pelaburan dan perlu melakukan sedikit kajian dan mencari ilmu untuk memantapkan lagi kemahiran anda di dalam pelaburan. Akhir, bagi yang berminat untuk melibatkan diri di dalam pelaburan emas, sila hubungi kami ataupun email untuk mendapat keterangan lanjut mengenai pelaburan emas ini.

Read more...

Teknikal Analisis sehingga 29/01/2011

Friday, January 28, 2011


Berdasarkan graf di atas menunujukkan harga emas pada seminggu lepas di dalam keadaan bearish market. Ini disebabkan kekuatan USD dan rmai traders telah beralih arah ke stock market. Selain itu tindakan traders baru lambat masuk dan ini menyebabkan lambakan emas di pasaran dunia dan berlakunya kejatuhan harga di sebabkan beberapa perkara.Ini merupakan buying oppurtunity kepada pelabur kecil dan jika anda mempunyai modal bersegeralah membeli emas.
Dengan menggunakan kaedah Fibonacci, harga akan melepasi USD1352/Oz di sebabkan ade petunjuk reversal momentum pada resistance point tersebut. Fakta ini dikuatkan dengan permintaan yang mendadak daripada penduduk China yang diketahui paling ramai di dunia. Harga maksimum pada market hari ini adalah USD1366/Oz, rujukan berdasarkan indicator Stotch dan RSI menunjukkan harga emas dijangka akan mengalami bullish market untuk minggu depan dan penyertaan traders2 baru di dalam pasaran emas akan menyebabkan permintaan bertambah dan sekaligus berlakunya kenaikan harga emas pada tahap tertinggi. Jadi sebelum harga bertambah naik diharap kan saudara/saudari dapat menilai kembali sistem pengurusan pelaburan kita di masa hadapan.
Sekian terima kasih.

Read more...

Hadiah Buat Yang Tersayang

Ape rahsia di sebalik kenyataan di atas di dalam pelaburan emas. Makna sungguh mendalam apabila direnung kerana anda merupakan seorng yang bijak dan sekaligus berjaya merebut pakej 2-in-1. Apabila direnung kembali salah satu untuk mengeratkan hubungan kasih sayang adalah dengan selalu memberikan hadiah pada isteri tersayang. Jadi, salah satu hadiah yang mempunyai daya tarikan yang kuat adalah emas. Ini adalah kerana emas dan wanita memang tidak boleh dipisahkan kerana emas ini merupakan logam yang cantik apabila di buat hiasan dan menjadi tarikan naluri yang kuat untuk memilikinya. Oleh itu,secara tidak lansung anda sebagai suami membuat dua perkara di dalam satu masa untuk pelaburan masa hadapan di samping dapat mengeratkan kasih-sayang suami isteri.

Pelbagai jenis barang kemas yang dijual di pasaran seluruh dunia, antaranya ialah gelang,rantai,cincin,subang dan lain2 lg. Oleh itu sebagai posisi seorang pelabur emas, anda mempunyai satu pemikiran yang positif untuk membelikan hadiah yang teristimewa untuk isteri tercinta dan sekaligus mendapat pakej 2 dalam 1. Mempunyai pelbagai gred di pasaran sekarang ni tetapi anda perlulah bijak di dalam pemilihan barang kemas untuk mendapatkan pulangan yang berbaloi di masa akan datang. Terdapat gred emas di pasaran antaranya ialah emas 999,916,835,750,585 dan 375. Dan menurut pendapat kami sebagai admin, untuk perhiasan anda perlu memilih emas 999 dan 916 sebagai pilihan utama. Tetapi di antara keduanya terdapat perbezaan melainkan harga yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan emas tersebut.

Emas 999 : di buat dengan kandungan emas hampir 100%,mempunyai sifat yang lembut di sebabkan tiada campuran besi, mempunyai pulangan yang lumayan disebabkan harga yang tinggi,jarang dijumpai melainkan anda membeli di laman web www.gcp.com.my untuk mendapat stok tersebut.

Emas 916 : di buat dengan campuran logam lain dan emas sebanyak 91.6%, mempunyai sifat yang keras disebabkan mempunyai campuran logam lain, pulangan rendah sedikit jika di bandingkan dengan emas 999, mudah didapati di semua kedai emas dan laman web www.publicjewellery.com.my.

Bagaimana gred emas yang lain pula ye?
Gred emas yang lain selain dua yang di atas adalah rendah kandungan emas dan menyebabkan pulangan yang tidak berbaloi di masa akan datang dan harga tidak banyak jauh beza dari emas gred 916. Pembeli mempunyai ilmu di dalam memilih barangkemas yang sesuai untuk dijadikan hiasan ataupun hadiah kepada yang tersayang.

India merupakan pembeli barang kemas terbesar di dunia.
India merupakan negara yang antara teramai di dunia dan juga mempunyai kesedaran emas yang tinggi. Permintaan tinggi barang kemas di negara tersebut mempengaruhi harga emas semasa dunia dan menyebabkan harga sekarang berada di paras yang tertinggi setiap tahun. Jika anda melihat gambar di bawah, anda pasti teruja dengan barang kemas yang dipakai oleh wanita India di sana. Kebanyakan permintaan tinggi barang kemas ketika musim perkahwinan di sana di mana dari hujung rambut ke hujung kaki badan wanita tersebut disaluti emas. ini merupakan adat bagi orang2 India di sana di dalam meraikan majlis perkahwinan.

Tempat mana yang sesuai untuk membeli barang kemas?
Kebanyakkan orang akan menjawab beli di kedai emas. Di dunia yang mempunyai teknologi berinternet untuk membeli emas hanya berada di hujung jari anda sahaja. Dan untuk makluman anda semua, tiada kos upah dikenakan jika anda membeli di internet. Sungguh menarik bukan kerana kedai2 emas mengenakan kos upah untuk barang tersebut. Tetapi anda sebagai pembeli mempunyai pilihan untuk membuat keputusan. jadi rancanglah perbelanjaan anda untuk membuat sesuatu pembelian di dalam emas ini. Harga yang tinggi mempunyai pulangan yang tinggi di masa hadapan. Di samping orang tersayang anda memakai emas, anda pun pasti tersenyum apabila anda mengetahui kenaikan harga emas setiap tahun. Lagi lama anda simpan lagi naik harga emas tersebut. Jadi untuk pembelian terbaik,anda bolehla melihat laman web tersebut untuk melihat contoh2 barang kemas yang dijual.
GCP : www.gcp.com.my
Public Gold : www.jewellery.com.my

Jika anda berminat untuk membuat pembelian, sila hubungi admin untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai barang kemas tersebut.

Read more...

Kehebatan Emas.

Salam dan Selamat petang sahabat sekelian,

Hari ini kita bercerita mengenai kehebatan satu logam yang bernama emas. Emas ini telah kita ketahui bahawa logam yang amat bernilai sejak dari dulu lagi. Sebagai pengukur kekayaan seseorng di kala dulu dan juga di masa sekarang. Ini adalah di sebabkn nilai intrinsik iaitu nilai yang ada di dalam logam tersebut. Jadi,jika kita berada di mana-mana sahaja di dalam dunia ini kita boleh menggunakan emas tersebut untuk kemudahan diri kita. Andai kata di waktu peperangan, hanya emas sahaja bleh di bawa lari untuk meneruskan kehidupan di negara orang, dan pada waktu itu kejatuhan duit kertas negara adalah jatuh mendadak dan tiada nilai di pasaran ekonomi. Oleh itu,kita perlu membuat persiapan yang lebih rapi untuk hari yang mendatang.

Berbalik pada kisah kehebatan emas, penggunaan wang dinar emas pada zaman dahulu sudah terbukti di dalam ekonomi islam, dimana tiada berlaku kesusutan matawang jika di bandingkan menggunakan wang fiat yang dicipta dan diberi nilai oleh manusia pada waktu sekarang. Contoh terdekat yang boleh diberikan adalah seperti kisah yang berlaku di zaman Nabi s.a.w :

Saya mendengar penduduk bercerita mengenai Urwah,bahawa Nabi SAW telah memberi satu dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau. Lalu dengan wang tersebut ia telah membeli dua ekor kambing. kemudian, ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Ia pulang dengan membawa satu dinar dan seekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya Urwah membeli debu, ia pasti beruntung. (HR BUKHARI)

Para sahabat sekelian, dengan satu dinar boleh membeli seekor kambing di waktu zaman Rasulullah dan pada waktu sekarang tahun 2011 dengan menggunakan dinar emas boleh juga membuat pembelian. Buktinya pada waktu sekarang harga 1 dinar adalah bersamaan RM 615. Jadi dengan jumlah tersebut kita boleh mendapat seekor kambing.
Bagaimana untuk 10 tahun lagi pula?
Jawapannya adalah bahawa masih juga boleh membeli seekor kambing dengan menggunakan dinar emas, tetapi jika menyimpan duit kertas maka kita perlu menambah lagi jumlah nilai wang kertas untuk membuat pembelian. Ini adalah di sebabkn berlaku kesustan nilai matawang disebabkan inflasi dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Andai di masa itu anda sudah dinar emas,maka beruntunglah anda untuk membuat pembelian tersebut.
Ini kerana, wang kertas adalah menjadi medium untuk membuat transaksi di dalam segala jenis urusniaga. Oleh itu, dinar emas tersebut boleh dijual untuk mendapatkan wang kertas ataupun boleh dibayar terus kepada penternak jika beliau menerima transaksi menggunakan dinar emas.



Sebagai kesimpulan tersebut, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk memulakan pelaburan di dalam emas kerana bukti yang nyata sudah di tunjukkan dan terpulang pada diri kita untuk menilai balik perkara tersebut. Selain itu pelaburan emas ini merupakan pelindung kepada kewangan kita di masa hadapan di mana tiada berlaku susut nilai dan nilai yang sentiasa tinggi serta diiktiraf di seluruh dunia.

Read more...

Pelaburan Terbaik Di Masa Hadapan.

Wednesday, January 26, 2011

Salam & Selamat pagi semua,

Kenapa Emas ni mahal?
* Emas memang mahal disebabkan nilai yang ada pada dalam logam tersebut dan permintaan yang selalu tinggi menyebabkan harga tidak akan jatuh menjunam tetapi sebagai barang komoditi memang ada harga turun dan naik. Apabila kita sebagai pelabur mengeluarkan modal untuk pembelian emas walaupun sedikit ataupun banyak,pulangan berbaloi pasti menanti anda disebabkan kesan kenaikan harga emas setiap tahun berlaku.Oleh itu, pulangan pelaburan emas boleh di rasai apabila disimpan lebih daripada 3 tahun ke atas. Sila lihat data yang terdapat di bawah ini :


Seperti data di atas, kita nampak bahawa kenaikan harga emas begitu mendadak bermula dari USD640/Oz(31.1gm) pada tahun 2007 sehingga kenaikan harga tertinggi ke USD1420/Oz. Cuba anda lihat dan bayangkan keuntungan yang terhasil dari pelaburan tersebut. Anda akan mendapat keuntungan sekitar 125% dengan pelaburan tersebut.

Bila hendak memulakan pelaburan emas?
* menggunakan prinsip tersebut untuk memulakan pelaburan emas :
BELI, SIMPAN, TUNGGU KENAIKAN HARGA, JUAL(jika perlu).
Andai kata anda menunggu harga jatuh merudum untuk emas, kemungkinan untuk berlaku adalah sedikit sangat. Jadi,sebelum anda menyesal dengan kenaikan harga yang mendadak, bertindaklah sekarang untuk tidak menyesal di kemudian hari.
Si X hendak membeli emas fizikal untuk dibuat sebagai pelaburan,akan tetapi beliau sedang menunggu harga emas jatuh merudum sehingga USD1000/Oz walhal masa itu harga emas dunia adalah USD1330/Oz. Selang 6 bulan di dalam pemerhatian beliau, harga emas terus mendadak naik sehingga mencecah harga USD1425/Oz. Si X berasa menyesal untuk bertindak dahulu sebelum membuat pemerhatian pada harga emas dunia. Jadi , si X terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi untuk memulakan pelaburan emas walhal jika beliau bertindak awal maka tiada pertambahan modal di lakukan.Oleh itu, sebagai pelabur emas anda perlu bertindak sekarang demi masa depan anda semua.

Nak beli emas, tp modal kecil jer...macam mana yer?
Teknik pelaburan perlu di ketahui sebelum kita memulakan pelaburan untuk memastikan pelaburan yang di buat memulangkan keuntungan. Jika anda mempunyai modal yang kecil setiap bulan ada cara untuk anda melabur di dalam emas :

Si Y menetapkan simpanan bulanan sebanyak RM250 setiap bulan,tetapi niat beliau untuk membeli emas mungkin tidak tercapai jika beliau hendak melabur di dalam emas.
Ada cara untuk si Y melabur dalam emas,yang penting disiplin di dalam penyimpanan wang adalah penting.

Si Y perlu menggunakan teknik Kos Pemurataan (Averaging Cost) untuk memulakan pelaburan emas. Si Y meletakkan target tahunan sebanyak 4 dinar, jadi si Y perlu membeli emas tersebut setiap 3 bulan di sebabkan harga 1 Dinar pada masa kini ialah RM6xx. Jadi dengan pembelian emas secara teknik ini akan menyebabkan purata kos pembelian 1 Dinar akan rendah sedikit.
Bulan 3 : RM 630
Bulan 6 : RM 650
Bulan 9 : RM 635
Bulan 12 : RM 648
Jadi,secara purata kos pembelian satu dinar untuk tahun tersebut jatuh pada harga RM 640 sahaja.

Nak simpan kat mana emas ni nanti?
* Penyimpanan emas ini adalah penting untuk memastikan anda tidak berlaku kerugian jika hilang atau kejadian tidak di ingini berlaku. Cara yang terbaik adalah simpan di dalam bank untuk memastikan anda selesa setiap masa. (Safe Deposit Box).
Harga sebenarnya bergantung pada saiz kotak dan perlindungan insurans yang di berikan, sila survey di kawasan anda untuk penyewaan kotak tersebut.

Berapa lama hendak simpan emas tersebut?
* Peratusan untung yang tinggi (jika dibandingkan dengan ASB dan Unit Trust) adalah disebabkan kenaikan harga tahunan secara purata adalah 25%. Walaupun anda tidak dapat dividen tetapi pelaburan emas anda adalah berbaloi. Jika kita simpan emas tersebut selama 3 tahun, secara purata keuntungan anda adalah sebanyak :
3 tahun x 25% = 75% (EMAS)
3 tahun x 9% = 27% (ASB)
Anda sudah nampak perbandingan tersebut,jadi jika anda simpan lebih dari 3 tahun,anda boleh bayangkan keuntungan anda di dalam pelaburan emas ini.Lagi lama simpan,lagi untung kita sebagai pelabur emas.

Bertindaklah sekarang di dalam pelaburan masa depan untuk menjamin kewangan anda dimasa hadapan.

Read more...

Dr. Mahatir Galak Rakyat Simpan Emas

Tuesday, January 25, 2011

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.

"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.

Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.


MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).

Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP