Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Purata Kenaikan Harga Emas 24% setahun(2007-2010)

Sunday, February 27, 2011

Salam dan selamat sejahtera sahabat2 sekelian.....



  Setelah sekian lama tidak mengupdate info mengenai emas, hari ini pihak admin telah mendapat satu keratan akhbar yang dipetik dari Sinar Harian Edisi Pantai Timur bertarikh 15 Februari 2011 yang bercerita mengenai kenaikan harga emas selama 3 tahun bermula 2007 ke 2010. Artikel mengenai emas di masa ini agak begitu kerap untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelaburan emas tatkala ekonomi dunia yang suram serta pergolakan berlaku di beberapa negara yang boleh mengakibatkn kelumpuhan ekonomi. Nilai matawang kertas juga akan susut disebabkan inflasi yang tinngi setiap tahun dan emas merupakan salah satu pelaburan yang kalis inflasi serta tidak ada kesusutan atau ketiadaan nilai walaupun di potong halus2. Dengan mendapat pengiktirafan seluruh dunia, emas boleh di jadikan portfolio utama pelaburan anda. Dengan keuntungan emas yang bukan di dalam bentuk dividen tetapi apabila kita menjual atau memajak emas tersebut, nilainya mmng sentiasa di terima seluruh pelusuk dunia. Artkel di di atas berikut merupakan semua bentuk idea di dalam realisasiAnda akan dapat idea dan gunakanlah akal anda sebaik-baiknya. sekian terima kasih.

Read more...

Emas Ganti Wang

Monday, February 21, 2011



Dipetik dr Harian Metro 4/10/2010
SURI rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon tetapi ia bukanlah kerana fesyen.
Di kawasan berhampiran Shwe Bontha Street, nadi pasaran emas sejak zaman kolonial, Nyan Tun (bukan nama sebenar) lebih daripada seorang peniaga. Dia dianggap ‘pegawai bank tidak rasmi’ di negara di bawah pimpinan tentera itu.
“Biasanya, pembeli utama golongan petani. Mereka akan membeli emas dengan sedikit lebihan wang untuk dijual sebelum musim menuai berikutnya.
“Pembeli kedua suri rumah yang gemar membeli barang kemas sebagai simpanan,” katanya.
Krisis ekonomi global mung­kin menyemarakkan semula keraguan terhadap bank di seluruh dunia. Tetapi di Myanmar, keraguan itu sekian lama dirasai dan penyimpan memang tiada keinginan untuk menyimpan wang mereka dalam sistem perbankan yang agak mundur di negara itu.
Lagipun, tidak banyak yang mampu disimpan rakyatnya. Pengurusan ekonomi yang kurang baik sekian lama, ditambah dengan pemulauan dan kekangan di pihak antarabangsa, menyebabkan penduduk negara berkenaan bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian dan menghadapi masalah harga pengguna yang melambung tinggi.
Antara 2005 hingga 2009, kadar inflasi tahunan di Myanmar yang dulu dikenali sebagai Burma, berada pada kadar 20 peratus, menurut laporan Bank Pembangunan Asia.
“Jika kami mahu menangani masalah inflasi, belilah emas. Jika kami menyimpan wang di bank, kami akan rugi.“Orang ramai mempunyai kepercayaan yang tinggi pada emas sebagai simpanan nilai,” kata Nyan Tun yang memohon supaya nama sebenarnya tidak disiarkan di media untuk mengelak sebarang masalah.
Menurutnya, nilai timba­ngan ‘ticak’ emas, meningkat lebih daripada 30 kali ganda dalam mata wang tempatan iaitu kyat sejak dia mula menjadi peniaga emas pada akhir 1980-an.
Sean Turnell, pakar ekonomi Myanmar di Universiti Macquarie, Sydney, berkata, peningkatan mendadak harga barangan pengguna disebab­kan tindakan kerajaan berkenaan yang mencetak lebih banyak wang untuk membiayai perbelanjaannya.
Lambakan khazanah semula jadi termasuk emas, gas, kayu jati, minyak, jed dan batu permata mampu menjadikan negara berkenaan kaya satu ketika dulu sebelum berada di bawah pemerintahan tentera pada 1962.
Namun, Myanmar kekal sebagai sebuah negara paling kurang membangun di dunia, dengan hampir satu pertiga daripada penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan, menurut angka Bank Dunia.
“Keadaan fiskal sepatutnya baik. Tetapi mereka (pemerintah tentera) tidak memanfaatkan wang yang mereka peroleh daripada gas untuk kegunaan awam dengan baik. Dana terbabit tidak direkod­kan,” kata Turnell merujuk kepada pendapatan daripada bekalan gas yang sepatut­nya membiayai perbelanjaan kerajaan.
Ada yang mempercayai pilihan raya pertama Myanmar yang agak kontroversi dalam tempoh 20 tahun, dijangka pada 7 November ini, akan membawa perubahan ekonomi yang sangat diperlukan.
“Golongan pemerintah akan tetap sama, jadi tiada banyak perubahan yang akan berlaku,” kata Nyan Tun yang kini dalam lingkungan usia 50-an.
Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dalam landskap ekonomi menjelang pilihan raya terbabit dengan pihak junta memulakan pelbagai penswastaan syarikat dan hartanah.
Termasuk dalam penjualan aset ini pelabuhan, kilang dan panggung wayang, empat konglomerat dikendalikan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan baik dengan pihak junta diberikan lesen untuk memulakan bank baru.
Menurut Turnell, kronisme yang ketara dalam perkembangan terkini menunjukkan negara terbabit ‘beranjak dalam arah yang agak aneh’. Bagi warga Myanmar biasa, masih tiada kestabilan ekonomi atau pilihan yang baik untuk penyimpan harta mereka yang boleh dipercayai.
“Emas sekian lama menjadi aset simpanan utama, insurans ulung terhadap polisi kerajaan. Ia kembali ke zaman kolonial,” kata Turnell.
Menerusi peranan penting yang dimainkan logam berharga berkenaan, regim terbabit terus mengawasi dagangannya dengan teliti. Nyan Tun berkata, polis cawa­ngan khas yang berpakaian biasa muncul di Shwe Bontha Street dan memberi tekanan kepada peniaga supaya berhenti menjual emas apabila harganya naik.
“Mungkin kerajaan fikir inflasi disebabkan harga emas tetapi sebenarnya, keadaan berlaku sebaliknya,” katanya.
“Harga emas adalah indeks inflasi untuk rakyat,” seorang pengarang bahagian perniagaan yang namanya enggan dikenali di Yangon bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Menurutnya, rakyat tidak tahu kaedah lain yang boleh digunakan untuk menilai inflasi.
“Kerajaan tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya.
Sistem perbankan Myanmar masih tidak pulih daripada krisis besar pada 2003 yang menyaksikan tiga bank ditutup.
Buat masa ini, emas kekal sebagai simpanan paling selamat di Myanmar – itu juga satu sebab penjual ikan memakai rantai emasnya di leher.
“Emas – ini satu-satunya benda yang boleh dipercayai rakyat negara ini,” kata pe­ngarang bahagian perniagaan itu – Harian Metro 

Read more...

Perlukah Pelaburan Emas?

Sunday, February 20, 2011

Salam sahabat yang dihormati,

Soalan yang selalu ditanya oleh rakan-rakan  mengapa perlu pelaburan emas.

1.  Sebenarnya emas adalah long term investment. Emas memang menguntungkan pelabur sbb sifat harga emas adalah turun naik walaubagaimanapun dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik. 2 tahun lepas orang ramai bercerita tentang harga emas, mereka memperkatakan harga emas naik, mahal la emas.  Namun pada masa sekarang ini,  orang ramai masih lg berkata emas mahal. Tiada pula cakap emas murah.

2. Jika anda hendak menjana pendapatan tetap setiap bulan, pelaburan emas bukanlah jawapannya melainkan anda menjadi dealer dan berniaga emas untuk dealer public gold www.publicgold.com.my atau dealer GCP www.gcp.com.my. Selain menyimpan emas anda juga boleh menjadi peniaga emas.

3. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini adalah anda beli emas secara fizikal(jongkong) iaitu anda beli emas dapat emas.  Jangan mudah percaya dan tertipu pada skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan.

4. Teknik yang selalu dilakukan oleh pelabur di Malaysia ialah antaranya;-
a) Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi. tapi mustahil la kalau anda nak untung, beli harini dan jual esok sebab harga emas ada spread antara harga jual dan harga beli. Anda bole semak harga di laman web yang disebutkan di atas.  Ingat, emas adalah pelaburan jangka panjang.
b) beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sbg aset.
c) Melabur sambil berniaga emas adalah perkara yang paling menarik untuk menjana pendapatan dgn menjadi dealer kerana harga dealer lagi murah dari harga customer.
d) Buat pinjaman dan beli emas fizikal.
e) Buat keuntungan dgn membeli emas fizikal menggunakan teknik pajak di arrahnu.

Read more...

Dinar & Dirham di Saba Islamic Media.

Friday, February 11, 2011

Salam kepada sahabat2 sekelian,


Gambar di atas menunjukkan sebuah kedai buku yang popular di seluruh Malaysia di mana terdapat di kawasan Kuala Lumpur (Taman Setiawangsa-Head Office dan Maju Junction), Selangor (Shah Alam), dan Pahang (Kuantan). Untuk cawangan luar negara terletak di Indonesia (Tangerang). Kedai yang menjual buku2 agama, CD,DVD dan juga keperluan barangan Islam. Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1969 ini sudah lama bertapak di Malaysia serta terkenal di kalangan pelancong2 asing beragama Islam untuk membeli buku dan bahan2 lain untuk mendalami ilmu Islam. Kebanyakan buku2,CD dan DVD adalah diimport daripada luar negara dan merupakan pengedar sah di Malaysia. Antara produk yang terlaris serta hangat di pasaran adalah DVD pidato Ahmat Deedat yang terkenal dengan hujah beliau di dalam membidas serta mematahkan hujah org2 Kristian. Hasil royalti jualan daripada DVD tersebut akan disumbang terus kepada keluarga Sheikh Ahmat Deedat secara terus.
Ape yang menarik mengenai kedai tersebut adalah transaksi perniagaan jarang dibuat di mana2 kedai di Kuala Lumpur apabila membenarkan penggunaan Dinar & Dirham untuk membeli barang2 di kedai tersebut. Oleh itu,kepada pemilik2 dinar dan dirham anda boleh menggunakan emas dan perak untuk membuat pembelian. Harga untuk dinar dan dirham adalah berdasarkan harga semasa.

Contoh pembelian di dalam penggunaan Dinar & Dirham.
Ali ingin membeli satu set DVD Pidato Ahmat Deedat yang mempunyai semua tajuk yang berharga RM640.00. Ali telah mengeluarkan 1 Dinar yang telah dimiliki untuk membeli bahan tersebut. Pada ketika itu harga semasa adalah bersamaan RM650. Setelah membuat transaksi perniagaan, pihak Saba Islamic Media telah memulangkan baki sebanyak RM 10 kepada Ali. Ali telah mendapat DVD tersebut setelah sudah transaksi perniagaan.

Contoh di atas menunjukkan penggunaan transaksi di dlam Dinar dan Dirham untuk membuat pembelian. Kuasa membeli tetap ada walaupun anda menggunakan matawang logam tetapi pada masa kini hanya segelintir kedai yang membenarkan penggunaan transaksi berikut. Ini memerlukan kesedaran yang tinggi di dalam menjana dan memperluaskan penggunaan Dinar & Dirham sebagai matawang alternatif yang sudah terbukti tiada susut nilai yang tinggi. Oleh itu, kepada warga kota dan seluruh Malaysia dan Indonesia, jangan lupa untuk mendapatkan buku2 dan bahan rujukan mengenai ilmu agama di kedai tersebut. Di bawah ini disertakan sekali peta untuk ke kedai tersebut.

Read more...

Emas Sebagai Pengganti Kad Kredit anda.

Thursday, February 10, 2011

Salam sahabat sekelian,

Anda mesti rasa lain setelah anda membaca statement di atas. Boleh ke klau nak buat mcam kad kredit ni...Kami akan rungkaikan satu persatu bagaimana caranya dan rahsia yang terselindug di sebalik emas tersebut sehingga ia boleh menjadi pengganti kad kredit anda tanpa mempunyai susut nilai serta tiada nama akan blacklist di dalam 'cris' dan 'ctos'. Sungguh menarik bukan apabila anda dapat tau ape rahsia yng ade disebalik emas tersebut.

Sebelum bercerita lagi lanjut, kelebihan ini adalah untuk pelabur emas sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai keistimewaan emas. Bagi yang baru hendak berjinak2, anda boleh mulakan sekarang untuk mendapat keistimewaan tersebut. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat manfaat ini.
Sebagai pelabur emas, anda boleh menggunakan emas tersebut sebagai 'ibu duit' untuk kegunaan seharian andai kata anda terdesak ataupun hendak berbelanja lebih sambil mengmbil kira kewangan anda untuk membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, rancanglah perbelanjaan anda untuk menjamin kewangan anda di masa akan datang tiada berlaku kemudaratan.
Kaedah yang akan di beritahu nnti adalah menggunakan Ar-Rahnu sebagai tempat anda mendapat duit untuk berbelanja atau membeli sesuatu. Caranya mudah sahaja, bagi pelabur goldbar anda hendaklah memajak emas anda di Agrobank sahaja dan ambillah pinjaman sebanyak 50%,60% atau 70% sebagai memenuhi keperluan anda. Lagi tinggi anda ambil pinjaman, maka lagi tinggi upah simpan yang akan dikenakan untuk tempoh selama 6 bulan. Bagi pemilik barang kemas anda mempunyai dua pilihan sama ada di Agrobank ataupun di Bank Rakyat untuk membuat pajakan.
Untuk tempoh pinjaman di Ar-Rahnu Agrobank ialah 6bulan+3bulan+2bulan dan selepas itu andai tidak mampu membayarnya, emas anda akan di lelong oleh pihak bank. Anda boleh juga membuat penilaian semula emas anda untuk membuat 'overlap' pada pinjaman anda di sebabkan kenaikan harga emas selepas 11 bulan anda memajak emas tersebut, ini dapat mengelakkan emas anda dilelong oleh pihak bank. Kami akan menceritakan anda suatu kisah dimana seorng pelabur emas telah menggunakan emas untuk membeli sesuatu barang.

Kisah 1

Si Ali hendak membeli TV LCD bersaiz 42" yang berharga RM 3500 sahaja andai beliau membeli secara tunai.Sebagai pelabur emas, Ali telah memajak emas 999 50gm untuk membuat pembelian tersebut.Harga marhum untuk emas 999 di Agrobank ialah RM165. Jadi jumlah marhum untuk emas Ali ialah RM 8250. Ali telah membuat pinjaman sebanyak 50% daripada nilai marhum iaitu sebanyak RM4125 sahaja. Jadi,upah simpan yang telah di kenakan untuk pemajakan tersebut selama 6 bulan ialah Rm247.50 dimana RM0.50 untuk setiap RM100. Andai kata ALi mengambil secara kredit,harga tv tersebut dalah sebanyak RM 4000. Dengan tindakan beliau menggunakan emas sebagai ibu duit, beliau telah membeli secara tunai untuk TV tersebut dan membayar ansuran bulanan selama 6 bulan di Bank untuk penebusan emas semula. Setelah cukup 6 bulan, Ali sudah mendapat kembali emas tersebut dan menyimpan terus dngn baik untuk kegunaan akan datang.

Kisah 2

Si Halim telah membuat perancangan untuk membuat tambahan kabinet dapur di rumah beliau. Kos harga untuk penambahan kabinet ialah sebanyak RM 7000 sahaja. Dengan menggunakan emas 999 sebanyak 100gm, beliau telah memajak untuk membayar kos keseluruhan pengubahsuaian tersebut. Jadi halim telah mendapat pinjaman sebanyak RM 8250 beserta upah simpan sebanyak RM495. Untuk itu, Halim telah menggunakan duit tersebut dan membuat pembayaran secara ansuran sebanyak RM 700 sebulan. Setelah selepas 6 bulan,Halim tidak berjaya untuk menebus emas tersebut, lalu beliau telah memanjangkan tempoh pinjaman selama 3 bulan selepas membayar upah simpan untuk 6 bulan lepas. Selepas dari itu, Halim juga gagal untuk menebus emas tersebut dan memanjangkan tempoh untuk 2 bulan lg dengan membayar upah simpan untuk 3 bulan pula. Akhirnya,Halim berjaya menebus kembali emas tersebut dan kawasan dapur rumah beserta kabinet baru beliau kelihatan cantik.

Sebagai teladan dari kisah tersebut kita dapat menilai bahawa :

1. Emas boleh dipajak untuk mendapat wang segera melalui pinjaman Ar-Rahnu.
2. Emas boleh membuat kredit dengan sesiapa sahaja untuk pembelian atau perkhidmatan.
3. Dengan emas tersebut, nilai pinjaman kita akan bertambah tinggi jika di buat dari tahun ke tahun di sebabkan kenaikan harga tersebut.
4. Jika gagal membayar pinjaman, anda tiada 'blacklist'.

Bagaimana perasaan anda setelah membaca kisah tersebut,menarik bukan sehingga membuat rumah tanpa membuat pinjaman persendirian. gunakan kelebihan yang anda ada untuk membuat pelaburan emas. Tepuk dada, tanyalah selera....Sekian sahaja dari pihak admin.Salam.

Read more...

Pasaran Analisis sehingga 10 Feb. 2011.

Salam dan selamat sejahtera sahabt2 sekelian.....


Bagaimana anda rasa selepas melihat graf harga emas sehingga 10 Februari 2011. dengan kaedah Fibonacci, pada masa sekarang harga dijangka akan turun menuju garisan 'support' pada USD 1352/Oz. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan pergerakan candlestick dan indicator pada 'Stoch'. Untuk garisan 'resistance', harga maksimum yang boleh pergi adalah sehingga USD 1366/Oz sekaligus menunjukkan 'resistance point' tersebut perlu di uji beberapa kali untuk memecah garisan tersebut dan sekaligus menaikkan harga emas melebihi paras tersebut. Peluang untuk menambah stok emas 'buying oppurtunity' akan terbuka pada malam ini disebabkan momentum harga yang menurun jika dibandingkan pergerakan harga emas semalam. Sebagai ramalan untuk pasaran semasa, harga emas dunia akan bermain di dalam lingkungan USD1352/Oz ke USD1366/Oz andai tiada perubahan yang mendadak daripada traders2 seluruh dunia serta berita2 panas mengenai hal-ehwal semasa dunia. Oleh itu, sahabat2 sekelian jgn lupa untuk menambah stok anda andai mempunyai kewangan yang baik sebelum harga di jangka akan mencecah sehingga USD1500/Oz yang akan dijangka berlaku pada masa terdekat nnti.

Read more...

Teknik Melabur Di Dalam Emas.

Wednesday, February 2, 2011

Pelbagai cara untuk kita melabur di dalam emas. Kami di sini akan merungkaikan satu persatu mengenai cara dan faedah yang kita perolehi hasil daripada pelaburan emas. Walaupun pelaburan emas di dalam jangkamasa panjang, tetapi dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan sumber kewangan kita yang kadang-kala terhad adalah bukan menjadi isu sama ada golongan berpendapatan rendah dan tinggi untuk memiliki emas. oleh itu, kesedaran dalam diri amatlah penting di dalam menjana dan melindungi kewangan kita di masa hadapan di kala kesusutan nilai wang kertas tinggi. Anda berhak untuk berfikir, memilih dan bertindak di dalam menyusun strategi untuk bermain emas. Bersama-samalah kita untuk memulakan pelaburan emas dari SEKARANG.


Teknik 1: Mulakan sahaja pelaburan emas,tukar separuh wang simpanan anda ke dalam bentuk emas fizikal.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG! Anda perlu membeli emas yang banyak dan kemudian barulah tunggu harganya naik sehingga mencapai kehendak kita untuk membeli/melakukan sesuatu dan sila ubah mindset, tukar wang simpanan di dalam bentuk emas.

Majoriti rakan-rakan sekerja saya terasa teragak2 untuk mmbeli emas untuk pertama kali termasuk diri saya sendiri. Saya start membeli emas jongkong pada bulan 10 dgn harga RM3000 untuk 20 g. Saya telah lock untuk 7 keping 20g bersamaan RM 21000 pada ketika itu. Melihat kepada situasi pada harga sekarang(28/1/2011) untuk 20g bersamaan 2970. Persoalannya adakah saya berasa rugi. Sebenarnya tidak. Rakan sekerja saya beranggapan akan rugi seandainya harga emas tiba2 jatuh dan merasakan harga emas mahal. Sebenarnya emas adalah pelaburan jangkamasa panjang setahun dua dan ke atas. Tindakan seterusnya saya tambahkan stok dgn membeli dgn harga murah(buying opportunity). Harga emas yang anda beli sekarang tidak sama harganya pada masa akan datang, sudah tentu harganya meningkat naik. Jadi bertindaklah sekarang membeli EMAS. Kemudian carilah peluang membeli ketika harga emas jatuh dari harga semasa.



Teknik 2: Beli emas secara konsisten setiap bulan walaupun berlainan harga.

Setelah anda memulakan langkah di atas. Teruskan la membeli emas secara konsisten dan berdisiplin di dalam menyimpan wang. Contoh seperti yang saya lakukan, saya tukarkan separuh wang gaji yang disimpan setiap bulan dalam bentuk dinar kerana dinar mempunyai harga mampu milik oleh setiap orang. Jika anda mempunyai pelbagai komitmen, anda boleh menyimpan suku daripada gaji setiap bulan dan apabila cukup sahaja wang simpanan tersebut untuk membeli 1 Dinar, tukarkanlah segera kepada emas. Ini dapat memberi banyak faedah dan keuntungan di sebabkan kenaikan harga emas klau di bandingkan dengan menyimpan wang kertas.Di dalam trend harga emas menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas secara konsisten. Jika trend menurun carilah peluang untuk menambahkan stock(buying opportunity) seperti yang saya lakukan pada bulan 12/2010 dan bulan 1/2011

Contoh:

Saya memulakan pelaburan dinar pada bulan:

Bulan 8: RM 623

Bulan 9: RM 635

Bulan 12: RM 642 dan 643 (beli 2dinar)

Bulan 1: RM 624 dan 620

Jadi, secara purata nya kos pembelian untuk 1 dinar bersamaan RM 631



Teknik 3: Tambahkan pelaburan ketika harga emas jatuh(buying opportunity)

Pada pemerhatian saya di akhir bulan 1/2011 adalah mse terbaik untuk membeli emas harga pada masa itu bermain 1310/oz hingga 1325/oz berbanding pada harga sebelum ini di mana pernah mencecah 1400/oz. Emas adalah komoditi dan didagangkan di pasaran emas antarabangsa. Harga emas bergantung pasaran emas dunia dimana harga boleh berubah-ubah turun atau naik di sebabkan para pelabur besar di dunia mengambil keuntungan. Sebagai contoh ketika haraga emas naik dimana pelabur atau pemilik emas terdahulu akan menjual emas untuk mendapatkan keuntungan menyebabkan penawaran emas meningkat dan harga akan menurun. Jika dilihat pada graf, apabila harga emas berada di puncak terbaru maka akan ada penurunan harga selepas itu, ketika inilah kita mengambil peluang untuk menambahkan stok. Itulah yang saya lakukan menambah stok ketika harga rendah.

Read more...

Pinjaman Ar-Rahnu untuk pelabur emas

Salam dan selamat petang,

Di mana2 sekarang ini terdapat skim pinjaman ar-rahnu sebagai salah satu alternatif pembiayaan secara Islam. Ar-Rahnu memerlukan barang cagaran yang berharga EMAS untuk mendapatkan wang tunai. Para pelabur atau bakal pelabur emas perlu merebut peluang ini menggunakan kaedah pinjaman mengikut syarak yang bebas dari Riba'. Antara cawangan ar-rahnu yang terdapat di Malaysia ialah Bank Rakyat, Yapeim, Agro Bank, dan Habib Jewel. Oleh itu terdapat banyak kelebihan apabila membuat pinjaman di ar-arhnu, antaranya ialah :

1. Cepat,mudah dan selamat. Barang kemas di jamin keselamatannya.
2. Lebih murah dan berkesan di dalam perkhidmatan pembiayaan yang di kenakan.
3. Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
4. Mempunyai tempoh gadaian yang lama.

Setiap jenis ar-rahnu mempunyai kadar nilai emas yang berbeza dan syarat pinjaman tetapi semuanya mempunyai satu konsep yang sama iaitu pinjaman bercagar. Antara kesemua ar-rahnu tersebut, admin akan bercerita tentang kelebihan Agro Bank Ar-Rahnu untuk dikongsi dengan sahabat2 sekelian. Agrobank menerima kesemua jenis emas jongkong selain dari barang kemas. Jadi, apabila anda memiliki jongkong emas maka anda mempunyai peluang untuk memanipulasi ar-rahnu untuk kehidupan seharian.

Syarat2 yang dikenakan oleh pihak Agrobank adalah seperti berikut :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Maksimum untuk pinjaman adalah RM50 000 sehari.

Untuk makluman sahabat sekelian, tempoh gadaian maksimum adalah 11 bulan (6 bulan + 3 bulan + 2 bulan), maksudnya 6 bulan pertama adalah tempoh kos upah simpan di kenakan. Andai kata hendak menyambung untuk 3 bulan lg anda perlu menjelaskan upah simpan selama 6 bulan terlebih dahulu, barulah anda boleh menambah tempoh pinjaman selama 3 bulan pula.Jadi seterusnya akan dilakukan prosedur yang sama untuk tambahan 2 bulan kemudian. Andai kata sahabat gagal membayar wang pembiayaan, emas yang anda cagarkan akan dilelong. Jika ada lebihan pada harga emas yang telah dilelong, wang akan dikembalikan pada anda.Berbalik pada pinjaman, pembiayaan yang di berikan adalah sebanyak 50%, 60% dan 70% daripada jumlah emas tersebut. Kos upah simpan juga berbeza mengikut peratusan pinjaman yg kta telah ambil. Anda boleh lihat Agrobank brochure yang di letakkan sekali untuk rujukan anda semua.


Dengan adanya kemudahan ar-rahnu di Agrobank anda hendaklah menggunakan kesempatan ini untuk membuat kaedah pajak gadai di dalam kehidupan anda. Mari kita lihat beberapa contoh di dalam kehidupan seharian kita yang kadang-kala kita mengalami masalah kewangan, jd emas dapat membantu kita untuk mengatasi masalah tersebut bergantung pada kualiti emas dan berat yang anda telah miliki.

Contoh 1.

Ali mempunyai masalah kewangan untuk menguruskan perbelanjaan pada bulan Disember di sebabkan persiapan anak-anak beliau hendak ke sekolah dan untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta beliau. Di dalam kekusutan untuk merancang kewangan, beliau hampir buntu untuk membuat perancangan perbelanjaan di sebabkan beliau mempunyai sumber kewangan yang terhad pada masa itu. Si Ali bernasib baik dan telah berjaya menemui jlan keluar pada masalah kewangan beliau kerana beliau mempunyai simpanan emas ketul 999.9 sebanyak 70gm. Dengan emas yang beliau miliki, dia telah pergi ke agrobank untuk membuat pajak gadai sebagai sumber tambahan kewangan ketika di dalam keadaan sesak. Setelah memajak emas tersebut, beliau telah mendapat 70% pinjaman sebanyak RM 8124.00 beserta kos upah simpan yang dikenakan sebanyak RM522.27 untuk 6 bulan, begitu gembira sekali Ali apabila mendapat pinjaman tersebut dan dengan wang tersebut beliau telah berjaya menyelesaikan masalah kewangan yang di alami. Selepas penyelesaian tersebut,Ali telah membayar secara ansuran bulanan untuk menebus kembali emas tersebut.

Contoh 2

Azman merupakan seorang kontraktor kelas F dan mempunyai syarikat yang telah di usahakan baru 2 tahun. Separuh daripada wang keuntungan daripada projek kecil-kecilan telah ditukarkan kepada bentuk emas sebagai aset syarikat. Selang beberapa bulan, Azman telah mendapat satu projek yang di katakan memerlukan modal yang besar untuk melakukannya. Setelah beberapa bulan projek tersebut berjalan, Azman mengalami kekurangan modal untuk meneruskan kerja-kerja yang hampir siap sepenuhnya. Di sebabkan Azman mempunyai aset simpanan emas tersebut, beliau telah pergi ke Agrobank untuk melakukan pajak gadai dan telah mendapat pinjaman sebanyak 70% daripada nilai emas beliau. Akhirnya, projek yang Azman lakukan telah berjaya disiapkannya. Selang beberapa bulan kemudian, bayaran daripada pihak tersebut telah Azman dapat dan beliau telah menebus kembali emas yang telah dipajak oleh beliau. Begitulah seterusnya Azman melakukan perniagaan andaikata beliau kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan.

Contoh di atas sudah cukup menunjukkan kehebatan emas dan kemudahan ar-rahnu bagi pelabur-pelabur emas. Emas juga boleh dijadikan pelindung kewangan kita di kala kita di dalam kesesakan sumber. Jadi anda perlu berfikir dan membuat pilihan yang terbaik untuk diri anda. Untuk makluman anda, emas yang anda miliki makin lama makin tinggi nilainya, dengan itu nilai pinjaman anda di Ar-Rahnu semakin tinggi juga. Untung bukan dengan emas yang sama anda dapat membuat pinjaman yang tinggi dari tahun ke tahun.

sebelum mengakhiri artikel ini, kami akan memberitahu bagaimana formula untuk mengira kos upah simpan di Agrobank Ar Rahnu beserta salinan surat pajak yang telah di buat.

Upah simpan = (Nilai marhum x RM 0.75 x 6 bulan) / RM 100.

Nilai marhum = Harga emas semasa Agrobank x berat emas(gm)

Sebagai mengakhiri artikel ini, anda mempunyai fikiran yang waras, buatlah penilaian yang sepatutnya untuk anda memilih portfolio pelaburan demi menjamin masa depan anda semua. Kesedaran adalah penting sebelum anda terlambat.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP