Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Pinjaman Ar-Rahnu untuk pelabur emas

Wednesday, February 2, 2011

Salam dan selamat petang,

Di mana2 sekarang ini terdapat skim pinjaman ar-rahnu sebagai salah satu alternatif pembiayaan secara Islam. Ar-Rahnu memerlukan barang cagaran yang berharga EMAS untuk mendapatkan wang tunai. Para pelabur atau bakal pelabur emas perlu merebut peluang ini menggunakan kaedah pinjaman mengikut syarak yang bebas dari Riba'. Antara cawangan ar-rahnu yang terdapat di Malaysia ialah Bank Rakyat, Yapeim, Agro Bank, dan Habib Jewel. Oleh itu terdapat banyak kelebihan apabila membuat pinjaman di ar-arhnu, antaranya ialah :

1. Cepat,mudah dan selamat. Barang kemas di jamin keselamatannya.
2. Lebih murah dan berkesan di dalam perkhidmatan pembiayaan yang di kenakan.
3. Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
4. Mempunyai tempoh gadaian yang lama.

Setiap jenis ar-rahnu mempunyai kadar nilai emas yang berbeza dan syarat pinjaman tetapi semuanya mempunyai satu konsep yang sama iaitu pinjaman bercagar. Antara kesemua ar-rahnu tersebut, admin akan bercerita tentang kelebihan Agro Bank Ar-Rahnu untuk dikongsi dengan sahabat2 sekelian. Agrobank menerima kesemua jenis emas jongkong selain dari barang kemas. Jadi, apabila anda memiliki jongkong emas maka anda mempunyai peluang untuk memanipulasi ar-rahnu untuk kehidupan seharian.

Syarat2 yang dikenakan oleh pihak Agrobank adalah seperti berikut :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Maksimum untuk pinjaman adalah RM50 000 sehari.

Untuk makluman sahabat sekelian, tempoh gadaian maksimum adalah 11 bulan (6 bulan + 3 bulan + 2 bulan), maksudnya 6 bulan pertama adalah tempoh kos upah simpan di kenakan. Andai kata hendak menyambung untuk 3 bulan lg anda perlu menjelaskan upah simpan selama 6 bulan terlebih dahulu, barulah anda boleh menambah tempoh pinjaman selama 3 bulan pula.Jadi seterusnya akan dilakukan prosedur yang sama untuk tambahan 2 bulan kemudian. Andai kata sahabat gagal membayar wang pembiayaan, emas yang anda cagarkan akan dilelong. Jika ada lebihan pada harga emas yang telah dilelong, wang akan dikembalikan pada anda.Berbalik pada pinjaman, pembiayaan yang di berikan adalah sebanyak 50%, 60% dan 70% daripada jumlah emas tersebut. Kos upah simpan juga berbeza mengikut peratusan pinjaman yg kta telah ambil. Anda boleh lihat Agrobank brochure yang di letakkan sekali untuk rujukan anda semua.


Dengan adanya kemudahan ar-rahnu di Agrobank anda hendaklah menggunakan kesempatan ini untuk membuat kaedah pajak gadai di dalam kehidupan anda. Mari kita lihat beberapa contoh di dalam kehidupan seharian kita yang kadang-kala kita mengalami masalah kewangan, jd emas dapat membantu kita untuk mengatasi masalah tersebut bergantung pada kualiti emas dan berat yang anda telah miliki.

Contoh 1.

Ali mempunyai masalah kewangan untuk menguruskan perbelanjaan pada bulan Disember di sebabkan persiapan anak-anak beliau hendak ke sekolah dan untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta beliau. Di dalam kekusutan untuk merancang kewangan, beliau hampir buntu untuk membuat perancangan perbelanjaan di sebabkan beliau mempunyai sumber kewangan yang terhad pada masa itu. Si Ali bernasib baik dan telah berjaya menemui jlan keluar pada masalah kewangan beliau kerana beliau mempunyai simpanan emas ketul 999.9 sebanyak 70gm. Dengan emas yang beliau miliki, dia telah pergi ke agrobank untuk membuat pajak gadai sebagai sumber tambahan kewangan ketika di dalam keadaan sesak. Setelah memajak emas tersebut, beliau telah mendapat 70% pinjaman sebanyak RM 8124.00 beserta kos upah simpan yang dikenakan sebanyak RM522.27 untuk 6 bulan, begitu gembira sekali Ali apabila mendapat pinjaman tersebut dan dengan wang tersebut beliau telah berjaya menyelesaikan masalah kewangan yang di alami. Selepas penyelesaian tersebut,Ali telah membayar secara ansuran bulanan untuk menebus kembali emas tersebut.

Contoh 2

Azman merupakan seorang kontraktor kelas F dan mempunyai syarikat yang telah di usahakan baru 2 tahun. Separuh daripada wang keuntungan daripada projek kecil-kecilan telah ditukarkan kepada bentuk emas sebagai aset syarikat. Selang beberapa bulan, Azman telah mendapat satu projek yang di katakan memerlukan modal yang besar untuk melakukannya. Setelah beberapa bulan projek tersebut berjalan, Azman mengalami kekurangan modal untuk meneruskan kerja-kerja yang hampir siap sepenuhnya. Di sebabkan Azman mempunyai aset simpanan emas tersebut, beliau telah pergi ke Agrobank untuk melakukan pajak gadai dan telah mendapat pinjaman sebanyak 70% daripada nilai emas beliau. Akhirnya, projek yang Azman lakukan telah berjaya disiapkannya. Selang beberapa bulan kemudian, bayaran daripada pihak tersebut telah Azman dapat dan beliau telah menebus kembali emas yang telah dipajak oleh beliau. Begitulah seterusnya Azman melakukan perniagaan andaikata beliau kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan.

Contoh di atas sudah cukup menunjukkan kehebatan emas dan kemudahan ar-rahnu bagi pelabur-pelabur emas. Emas juga boleh dijadikan pelindung kewangan kita di kala kita di dalam kesesakan sumber. Jadi anda perlu berfikir dan membuat pilihan yang terbaik untuk diri anda. Untuk makluman anda, emas yang anda miliki makin lama makin tinggi nilainya, dengan itu nilai pinjaman anda di Ar-Rahnu semakin tinggi juga. Untung bukan dengan emas yang sama anda dapat membuat pinjaman yang tinggi dari tahun ke tahun.

sebelum mengakhiri artikel ini, kami akan memberitahu bagaimana formula untuk mengira kos upah simpan di Agrobank Ar Rahnu beserta salinan surat pajak yang telah di buat.

Upah simpan = (Nilai marhum x RM 0.75 x 6 bulan) / RM 100.

Nilai marhum = Harga emas semasa Agrobank x berat emas(gm)

Sebagai mengakhiri artikel ini, anda mempunyai fikiran yang waras, buatlah penilaian yang sepatutnya untuk anda memilih portfolio pelaburan demi menjamin masa depan anda semua. Kesedaran adalah penting sebelum anda terlambat.

3 comments:

eye10 February 2, 2011 at 4:52 AM  

tuan..
kawe ada terbaca org kata ; pemajak yg gagal utk menebus balik pinjaman beliau ngan arrahnu, namanya mmg akan di blacklist..bukan oleh arahnu tp cris..

Mohd Zaki Johan/ Mohd Taufik Maskan February 3, 2011 at 6:22 AM  

tuan eye,

setelah mndngr penerangn dri pihak bank,andai kata peminjam ar-rahnu gagal melunaskan hutang tiada blacklist didlm ctos n cris,krana peminjam mmpunyai cgaran emas..tetapi untk peminjam kredit akn mnghdapi maslh trsebut..

Unknown July 7, 2015 at 3:44 PM  

TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

Adakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
c) penyatuan hutang.
d) Pinjaman Wang Hard.

Walau bagaimanapun, kaedah kami yang kemungkinan untuk menandakan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP