Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Bagaimana Keuntungan Emas?

Monday, January 31, 2011

Salam sahabat2 sekelian,

Hari ni kami akan bercerita bagaimana keuntungan emas di dalam pelaburan. mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai keuntungan emas,adakah mendapat dividen bulanan atau tahunan?pulangan modal terjamin ker?berapa lama nak melabur di dalam emas? dan pelbagai soalan yang sering di tanya apabila kita bertemu orang. Baiklah, kami akan menghurai segala persoalan yang terungkai di dalam diri. Andai kata jawapan admin tidak kukuh,sila beritahu dan boleh bersama-sama untuk mencari jawapan yang padat dan tepat.
Emas adalah satu logam yang di jadikan komoditi di pasaran dunia di mana sentiasa mempunyai permintaan-jualan dan akan menyebabkan berlakunya turun naik harga ketika para pelabur seluruh dunia memasuki pasaran dan melakukan transaksi jual-beli untuk mengambil keuntungan. Sebagai bahan komoditi, para pelabur akan melakukan aktiviti jualan dan belian di dalam proses transaksi.Graf di bawah ini akan menunjukkan bagaimana pergerakan harga emas pada tahun 2010 dan disini anda akan nampak peluang pelaburan emas ini sebagai satu portfolio yang terbaik.

Graf tersebut menunjukkan harga emas pada tahun 2010. Untuk jangkamasa pendek,kita perlu melihat waktu untuk membuat pembelian yang sesuai. Contoh yang terdapat di situ, waktu sesuai ketika harga berada pada USD1167/Oz (29 Julai),dan di dalam masa 4 bulan sahaja anda telah mendapat keuntungan ketika harga berada USD1431/Oz kesan daripada kenaikan tersebut.

Untuk itu,sebagai pelabur emas kita perlu melihat peluang untuk membeli/menambah stok ketika jangkamasa pendek dan menerima keuntungan untuk jangkamasa panjang. Dengan kenaikan sebanyak 25% secara purata setiap tahun,jangkamasa selama 3 tahun ke atas anda sudah nmpak hasilnya. Ini dibuktikan dengan carta graf di bawah ini yang di ambil dari tahun 2007 hingga 2010.
Dan pada tahun 2010,selepas anda membuat penjualan emas tersebut anda telah mendapat keuntungan sebanyak 115%, untung bukan apabila anda menukarnya kepada wang kertas daripada emas yang anda simpan. Selepas membuat tukaran wang kertas, anda bolehla membuat transaksi untuk membuat pembelian atau menunaikan hajat anda seperti menunaikan haji,perkahwinan,bayaran wang rumah dan sebagainya di mana anda mengeluarkan modal yang sedikit ketika pembelian dan mendapat pulangan yang berbaloi selepas menjualnya.

Setelah melihat dua graf yang di atas, anda pasti sudah nampak bagaimana keuntungan di dalam pelaburan emas serta kebaikan di dalam jangkamasa panjang apabila terlibat di dalam pelaburan emas. Kesimpulannya, sebagai pelabur emas kita perlu menetapkan minda bahawa keuntungan emas adalah di sebabkan kenaikan harganya di dalam jangkamasa panjang. Jika sahabat2 sekelian ingin mendapat keterangan lanjut, sila hubungi admin.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP