Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Pendapatan Pasif

Sunday, January 30, 2011

Salam dan Selamat petang,

Setelah kita penat bekerja ataupun melakukan perniagaan seharian, kita perlu ingat bahawa terdapat dua jenis pendapatan yang kita perolehi untuk menampung hidup kita sekalian. Jenis pendapatan itu adalah 'Pendapatan Aktif' dan 'Pendapatan Pasif'. Maksud untuk jenis pendapatan tersebut adalah :

Pendapatan Aktif = Apa jua jenis pendapatan yang kita terima hasil dari pekerjaan yang kita fokuskan setiap hari.Contohnya jika anda seorang pekerja dan mendapat gaji setiap bulan, itulah sebenarnya pendapatan aktif anda.

Pendapatan Pasif = adalah sumber pendapatan yang anda tidak mengfokuskan setiap hari, tidak berkaitan sama ada sahabat sekalian bekerja ataupun tidak dan wang akan masuk ke poket setiap masa.Selalunya terjadi hasil dari suatu kerja/perniagaan yang berjaya seperti hasil royalti,komisen setiap bulan dan dividen/keuntungan sesuatu pelaburan.

Baiklah, sekarang ini kita akan tumpukan bagaimana kita hendak menambah baikkan lagi pendapatan pasif kita sebagai duit tambahan di masa hadapan tanpa berlaku susut nilai simpanan kita. Pelbagai jenis pelaburan yang ada pada masakini untuk menambahkan pendapatan pasif antaranya unit amanah saham, simpanan tetap, pasaran saham dan pembelian emas. Antara contoh yang diberikan ini kita perlu berfikir sejenak yang mana boleh bagi pulangan terbaik pada anda idamkan di dalam pelaburan tersebut. Untuk makluman pihak tuan,kebanyakan pelaburan atau pun simpanan akan diberikan dividen mengikut prestasi harga pasaran semasa jika untung, cuma pelaburan emas sahaja bukan di dalam bentuk dividen tetapi kenaikan harga yang meningkat dari tahun ke tahun dan tidak mempunyai nilai susut yang tinggi. Jadi,untuk menjadi pelabur yang bijak, anda perlu belajar dari pasaran semasa dan menganalisa pergerakan harga sesuatu pelaburan tersebut. Ini dapat memastikan keuntungan dan kerugian di dalam sesuatu jenis pelaburan tersebut. Anda perlu pikirkan bahawa duit yang anda laburkan tersebut merupakan penat lelah anda bekerja seharian dan sudah tentunya anda mengharapkan satu pulangan yang berbaloi. Jadi semua keputusan untuk pelaburan itu terletak pada tangan anda.
Sebagai info tambahan, anda perlu memikirkan segala risiko,jumlah wang dan jangkamasa untuk sesuatu pelaburan itu. Disini, kami akan memberikan satu formula untuk anda membuat kira-kira bagi mengira pertambahan duit anda dari tahun ke tahun :
Jumlah peratusan dividen/keuntungan - Kadar inflasi(4%) - zakat(2.5%)
= Jumlah pertambahan duit untuk setahun.


Untuk contoh pengiraan, saya akan bandingkan pelaburan ASB dan emas.
9% - 4% - 2.5% = 2.5% jumlah pertambahan duit anda di dalam masa setahun untuk ASB.

25% - 4% - 2.5% = 18.5% jumlah pertambahan wang anda di dalam masa setahun untuk Emas.

Berdasarkan contoh yang telah diberikan, anda perlu menggunakan akal yang waras di dalam memilih portfolio pelaburan yang terbaik untuk menghasilkan pendapatan pasif yang terbaik. Pengiraan ini adalah untuk setahun daripada hasil pulangan, bagaimana untuk 3,5,7,10 ataupun lebih lama lagi.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa bijak di dalam membuat sesuatu pelaburan dan perlu melakukan sedikit kajian dan mencari ilmu untuk memantapkan lagi kemahiran anda di dalam pelaburan. Akhir, bagi yang berminat untuk melibatkan diri di dalam pelaburan emas, sila hubungi kami ataupun email untuk mendapat keterangan lanjut mengenai pelaburan emas ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP