Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Kehebatan Emas.

Friday, January 28, 2011

Salam dan Selamat petang sahabat sekelian,

Hari ini kita bercerita mengenai kehebatan satu logam yang bernama emas. Emas ini telah kita ketahui bahawa logam yang amat bernilai sejak dari dulu lagi. Sebagai pengukur kekayaan seseorng di kala dulu dan juga di masa sekarang. Ini adalah di sebabkn nilai intrinsik iaitu nilai yang ada di dalam logam tersebut. Jadi,jika kita berada di mana-mana sahaja di dalam dunia ini kita boleh menggunakan emas tersebut untuk kemudahan diri kita. Andai kata di waktu peperangan, hanya emas sahaja bleh di bawa lari untuk meneruskan kehidupan di negara orang, dan pada waktu itu kejatuhan duit kertas negara adalah jatuh mendadak dan tiada nilai di pasaran ekonomi. Oleh itu,kita perlu membuat persiapan yang lebih rapi untuk hari yang mendatang.

Berbalik pada kisah kehebatan emas, penggunaan wang dinar emas pada zaman dahulu sudah terbukti di dalam ekonomi islam, dimana tiada berlaku kesusutan matawang jika di bandingkan menggunakan wang fiat yang dicipta dan diberi nilai oleh manusia pada waktu sekarang. Contoh terdekat yang boleh diberikan adalah seperti kisah yang berlaku di zaman Nabi s.a.w :

Saya mendengar penduduk bercerita mengenai Urwah,bahawa Nabi SAW telah memberi satu dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau. Lalu dengan wang tersebut ia telah membeli dua ekor kambing. kemudian, ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Ia pulang dengan membawa satu dinar dan seekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya Urwah membeli debu, ia pasti beruntung. (HR BUKHARI)

Para sahabat sekelian, dengan satu dinar boleh membeli seekor kambing di waktu zaman Rasulullah dan pada waktu sekarang tahun 2011 dengan menggunakan dinar emas boleh juga membuat pembelian. Buktinya pada waktu sekarang harga 1 dinar adalah bersamaan RM 615. Jadi dengan jumlah tersebut kita boleh mendapat seekor kambing.
Bagaimana untuk 10 tahun lagi pula?
Jawapannya adalah bahawa masih juga boleh membeli seekor kambing dengan menggunakan dinar emas, tetapi jika menyimpan duit kertas maka kita perlu menambah lagi jumlah nilai wang kertas untuk membuat pembelian. Ini adalah di sebabkn berlaku kesustan nilai matawang disebabkan inflasi dan ketidakstabilan ekonomi dunia. Andai di masa itu anda sudah dinar emas,maka beruntunglah anda untuk membuat pembelian tersebut.
Ini kerana, wang kertas adalah menjadi medium untuk membuat transaksi di dalam segala jenis urusniaga. Oleh itu, dinar emas tersebut boleh dijual untuk mendapatkan wang kertas ataupun boleh dibayar terus kepada penternak jika beliau menerima transaksi menggunakan dinar emas.



Sebagai kesimpulan tersebut, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk memulakan pelaburan di dalam emas kerana bukti yang nyata sudah di tunjukkan dan terpulang pada diri kita untuk menilai balik perkara tersebut. Selain itu pelaburan emas ini merupakan pelindung kepada kewangan kita di masa hadapan di mana tiada berlaku susut nilai dan nilai yang sentiasa tinggi serta diiktiraf di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP