Powered by Blogger.
Hubungi Rangkaian Dulang Emas Untuk Membeli & Menjual Emas

Pelaburan Terbaik Di Masa Hadapan.

Wednesday, January 26, 2011

Salam & Selamat pagi semua,

Kenapa Emas ni mahal?
* Emas memang mahal disebabkan nilai yang ada pada dalam logam tersebut dan permintaan yang selalu tinggi menyebabkan harga tidak akan jatuh menjunam tetapi sebagai barang komoditi memang ada harga turun dan naik. Apabila kita sebagai pelabur mengeluarkan modal untuk pembelian emas walaupun sedikit ataupun banyak,pulangan berbaloi pasti menanti anda disebabkan kesan kenaikan harga emas setiap tahun berlaku.Oleh itu, pulangan pelaburan emas boleh di rasai apabila disimpan lebih daripada 3 tahun ke atas. Sila lihat data yang terdapat di bawah ini :


Seperti data di atas, kita nampak bahawa kenaikan harga emas begitu mendadak bermula dari USD640/Oz(31.1gm) pada tahun 2007 sehingga kenaikan harga tertinggi ke USD1420/Oz. Cuba anda lihat dan bayangkan keuntungan yang terhasil dari pelaburan tersebut. Anda akan mendapat keuntungan sekitar 125% dengan pelaburan tersebut.

Bila hendak memulakan pelaburan emas?
* menggunakan prinsip tersebut untuk memulakan pelaburan emas :
BELI, SIMPAN, TUNGGU KENAIKAN HARGA, JUAL(jika perlu).
Andai kata anda menunggu harga jatuh merudum untuk emas, kemungkinan untuk berlaku adalah sedikit sangat. Jadi,sebelum anda menyesal dengan kenaikan harga yang mendadak, bertindaklah sekarang untuk tidak menyesal di kemudian hari.
Si X hendak membeli emas fizikal untuk dibuat sebagai pelaburan,akan tetapi beliau sedang menunggu harga emas jatuh merudum sehingga USD1000/Oz walhal masa itu harga emas dunia adalah USD1330/Oz. Selang 6 bulan di dalam pemerhatian beliau, harga emas terus mendadak naik sehingga mencecah harga USD1425/Oz. Si X berasa menyesal untuk bertindak dahulu sebelum membuat pemerhatian pada harga emas dunia. Jadi , si X terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi untuk memulakan pelaburan emas walhal jika beliau bertindak awal maka tiada pertambahan modal di lakukan.Oleh itu, sebagai pelabur emas anda perlu bertindak sekarang demi masa depan anda semua.

Nak beli emas, tp modal kecil jer...macam mana yer?
Teknik pelaburan perlu di ketahui sebelum kita memulakan pelaburan untuk memastikan pelaburan yang di buat memulangkan keuntungan. Jika anda mempunyai modal yang kecil setiap bulan ada cara untuk anda melabur di dalam emas :

Si Y menetapkan simpanan bulanan sebanyak RM250 setiap bulan,tetapi niat beliau untuk membeli emas mungkin tidak tercapai jika beliau hendak melabur di dalam emas.
Ada cara untuk si Y melabur dalam emas,yang penting disiplin di dalam penyimpanan wang adalah penting.

Si Y perlu menggunakan teknik Kos Pemurataan (Averaging Cost) untuk memulakan pelaburan emas. Si Y meletakkan target tahunan sebanyak 4 dinar, jadi si Y perlu membeli emas tersebut setiap 3 bulan di sebabkan harga 1 Dinar pada masa kini ialah RM6xx. Jadi dengan pembelian emas secara teknik ini akan menyebabkan purata kos pembelian 1 Dinar akan rendah sedikit.
Bulan 3 : RM 630
Bulan 6 : RM 650
Bulan 9 : RM 635
Bulan 12 : RM 648
Jadi,secara purata kos pembelian satu dinar untuk tahun tersebut jatuh pada harga RM 640 sahaja.

Nak simpan kat mana emas ni nanti?
* Penyimpanan emas ini adalah penting untuk memastikan anda tidak berlaku kerugian jika hilang atau kejadian tidak di ingini berlaku. Cara yang terbaik adalah simpan di dalam bank untuk memastikan anda selesa setiap masa. (Safe Deposit Box).
Harga sebenarnya bergantung pada saiz kotak dan perlindungan insurans yang di berikan, sila survey di kawasan anda untuk penyewaan kotak tersebut.

Berapa lama hendak simpan emas tersebut?
* Peratusan untung yang tinggi (jika dibandingkan dengan ASB dan Unit Trust) adalah disebabkan kenaikan harga tahunan secara purata adalah 25%. Walaupun anda tidak dapat dividen tetapi pelaburan emas anda adalah berbaloi. Jika kita simpan emas tersebut selama 3 tahun, secara purata keuntungan anda adalah sebanyak :
3 tahun x 25% = 75% (EMAS)
3 tahun x 9% = 27% (ASB)
Anda sudah nampak perbandingan tersebut,jadi jika anda simpan lebih dari 3 tahun,anda boleh bayangkan keuntungan anda di dalam pelaburan emas ini.Lagi lama simpan,lagi untung kita sebagai pelabur emas.

Bertindaklah sekarang di dalam pelaburan masa depan untuk menjamin kewangan anda dimasa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP